Header Ads

Dapatkan Telefon Vivo pada harga serendah RM499 sempena Karnival Krismas bulan ini




Keajaiban Krismas tahun ni datang lebih awal dengan kehadiran Karnival Krismas Vivo yang telah bermula sejak 23 November lalu.




Percaya ke tak, kini, korang mampu milik telefon pintar Vivo paling mahal, Vivo V11i yang dikenali sebagai peranti peneraju masa hadapan kita dengan harga serendah RM1,099!

Selain itu, korang juga boleh memiliki telefon pintar Paparan FullView Y81i dengan harga RM499! 

Bagi korang yang tak tahu lagi, Vivo V11i memiliki sistem dwi-kamera 16MP + 5MP dan teknologi kamera Artificial Intelligence (AI). Senang ceritalah kan, lepas ni korang boleh mengambil gambar bokeh yang hampir sama taraf dengan jurufoto profesional. 

Selalunya bila menangkap gambar, kamu akan menghadapi masalah pencahayaan yang tak baik, exposure atau fokus yang kurang. V11i dilengkapi dengan pelbagai mode seperti AI Backlight, AI Low Light, AI Scene Recognition dan AI Portrait Framing yang boleh menyelesaikan kesemua masalah dengan satu klik!

V11i juga datang dengan RAM 4GB dan ruang storan sebanyak 128GB. Dan lepas ni, korang tak payah risau pasal bateri low lepas ni sebab Vivo mempunyai bateri sebesar 3315mAh yang dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W. 

V11i datang dalam tiga warna iaitu Starry Night, Nebula dan Fairy Pink.

Untuk Vivo Y81i pulak, ciri-ciri skrin yang besar dengan pandangan terbaik menjadikan peranti ini sebagai peranti peminat drama. Confirm puas tengok sebab skrin besar!

Vivo Y81i juga mampu mengambil gambar cantik dengan kamera belakang 13 Megapixel beserta teknologi AI Face Beauty yang memastikan gambar yang diambil bukan sahaja kelihatan unik malah menampilkan kecantikan semula jadi awak.

Dilengkapi dengan memori 2GB RAM, storan 16GB serta Teknologi Face Access untuk memudahkan pengaksesan peranti, harga RM499 yang ditawarkan untuk Y81i  ini sememangnya istimewa sekali.

Tak sabar nak memiliki telefon pintar Vivo? Korang boleh memiliki kedua-dua telefon pintar ini pada harga promosi di semua rangkaian rasmi Vivo Concept Stores, pengedar sah dan rakan kerjasama Vivo.

Belian dalam talian juga bole dibuat di platform membeli-belah seperti Lazada, Shopee, 11 Street, Lmall dan Vivo E-Store (https://www.vivostore.com.my/).

#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #V11i #HaloFullViewDisplay #AICamera #PerfectShot #HollyJollyWithvivo #Y81i

No comments

Powered by Blogger.
a