Header Ads

Demi 'Viral', Restoran Hidang Makanan Dalam Tin Susu Akhirnya Ditegur KKM



Di laman sosial Twitter kecoh dengan sebuah pemis makanan yang menyediakan makanan dan minuman di dalam tin kepada pelanggan. 

Hidangan ini ada sesetangah pihak merasakan ianya adalah 'rare', namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terpanggil untuk memberikan beberapa ulasan tentang sebab mesti elakkan dari meminum dan memakan hidangan dalam tin menerusi laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Segelintir netizen mempunyai keraguan terhadap hidangan 'rare' tersebut lalu tanpa henti meminta pihak KKM mengulas perkara tersebut.







Ini jawapan KKM mengenai isu tular di laman Twitter.


Adakah makan atau minum menggunakan bekas tin susu selamat?
Persoalan ini timbul apabila sebuah kedai makan dipercayai di Pulau Pinang menghidangkan minuman kepada pelanggan menggunakan bekas tin susu dan menjadi viral di media sosial.
Sebelum ini sebuah premis makanan juga dikatakan menghidangkan nasi kukus tin.
Pengguna media sosial mendesak KKM memberikan pandangan.
Admin kongsikan dua komen daripada pegawai perubatan tetapi ini bukan kenyataan rasmi KKM.

Komen 1
1. Risiko kencing manis.
2. Risiko bahaya luka atau trauma pada kawasan muka
3. Risiko keracunan makanan jika tin kotor/karat etc.
Kesimpulannya sangat tidak digalakkan untuk dihidang minuman dalam tin.

Komen 2
Pasal minum teh dalam tin tu. Ni saya punya pendapat peribadi...
Perlu berpada-pada untuk membuat sesuatu yang hipster bagi menarik perhatian orang ramai.
Utamakan keselamatan dan kesihatan.
Bayangkan beberapa perkara yang boleh terjadi seperti Leptospirosis (kencing tikus), Diabetes Mellitus (kencing manis), Tetanus infection (kancing gigi), trauma luka akibat besi tajam dan penyakit lain iaitu 3 serangkai kesan daripada kencing manis.
Pesanan terakhir KKM adalah : "Jadilah kapitalis yang beretika".

No comments

Powered by Blogger.
a