Header Ads

Dua lelaki bawa 'keranda' naik kereta api


Satu rakaman video yang tular di Russia memaparkan dua lelaki yang membawa keranda menaiki sebuah kereta api bawah tanah di Moscow.
Menurut Mail Online, video berkenaan menunjukkan dua lelaki membawa keranda berwarna merah di stesen Novokosino sebelum menaiki sebuah kereta api.
Saksi memberitahu, keranda yang dibawa mereka kelihatan berat dan dua lelaki itu dilihat beberapa kali berhenti kerana kepenatan.
Ada laporan mendakwa, dua lelaki itu dihalang menaiki kereta api oleh petugas dan tidak dipastikan sama ada mereka tiba ke lokasi yang dituju.
Tidak dipastikan sama ada terdapat mayat dalam keranda berkenaan atau ia dibuka untuk diperiksa oleh pengawal keselamatan di stesen berkenaan.
Bagaimanapun, pengendali kereta api bawah tanah dalam satu kenyataan media memberitahu, dua lelaki berkenaan tidak melanggar sebarang peraturan dan mereka juga membayar caj tambahan untuk membawa barangan besar di dalam gerabak.
Kata kenyataan itu lagi, dua lelaki berkenaan tidak membawa bahan yang dilarang dan tidak melakukan apa-apa kesalahan.
Tidak jelas juga kejadian itu mungkin satu gurauan.

Satu teori yang muncul mendakwa, dua lelaki itu lambat untuk ke tempat pengebumian mayat akibat kesesakan jalan raya yang teruk di Moscow.
Sumber : metro harian

No comments

Powered by Blogger.
a