Header Ads

Fazley Yaakob Tambah Kerjaya, Jadi Pemandu 'Grab'


Selebriti Chef Dato’ Fazley Yaakob seperti yang telah diketahui ramai mempunyai pelbagai bakat termasuk menyanyi dan berlakon kini juga adalah pemandu Grab.
Sebenarnya ada sesuatu yang kelakar bersama pemandu Grab telah dikongsikan oleh Dato’Fazley di dalam post akaun Instagramnya semalam.


Beliau yang berada di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) Sepang sepatutnya menempah untuk menaiki Grab dan membawanya terus ke rumah. Akan tetapi apa yang telah terjadi ialah, ketika menaiki kenderaan Grab tersebut, hujan turun dengan sangat lebat dan pemandu tersebut tidak dapat memandu kenderaannya.


Keadaan menjadi lebih panik apabila “wiper” kenderaan Grab tersebut tiba-tiba sahaja tidak berfungsi.


“Hari ini saya balik dari KLIA, saya book Grab. Tiba2 dalam perjalanan balik, mula hujan lebat dan wiper kereta tu pulak mati! Driver Grab tu panic dan dia cakap “Alamak! macam mana saya nak drive ni? Saya tak boleh nampak dalam hujan tanpa wiper!”


“Saya kata, “Jangan risau! Saya boleh drive dalam hujan lebat TANPA WIPER!” Terus kami bertukar tempat duduk. Sambil lori dan bas besar2 laju je lalu sebelah sampai bergegar kereta Proton Exora kitaorang tengah2 highway,” tulis Fazley dalam laman sosial Instagramnya.


Menerusi entri tersebut, Fazley memuat naik videonya bertukar tempat dengan pemandu dan memandu kereta tersebut.


Pun begitu, Fazley tetap memuji pemandu Grab itu dan meminta mereka yang mengenali pemandu yang bernama Azman itu untuk memberi markah yang lebih.


“Hari ini saya balik dari KLIA, saya book Grab. Tiba2 dalam perjalanan balik, mula hujan lebat dan wiper kereta tu pulak mati! Driver Grab tu panic dan dia cakap “Alamak! macam mana saya nak drive ni? Saya tak boleh nampak dalam hujan tanpa wiper!”
.
Saya kata, “Jangan risau! Saya boleh drive dalam hujan lebat TANPA WIPER!” Terus kami bertukar tempat duduk. Sambil lori dan bas besar2 laju je lalu sebelah sampai bergegar kereta Proton Exora kitaorang tengah2 highway.
.
Nasib baik kami sampai juga ke rumah saya. Kelakar sebab, saya yang drive Grab car yang saya book sendiri, Grab driver pulak jadi passenger saya! Hahaha apa pun.. terima kasih banyak En Azman Ibrahim sebab izinkan saya drive kereta dalam hujan lebat, walau pun TANPA WIPER! Siapa nak saya drive??? @grabmy he is a very good driver! Please give him extra service points ok!”katanya lagi.


Entri  penyanyi lagu Asmara Ini itu turut mendapat banyak pujian daripada pengikutnya dan ramai di antara peminatnya yang mahu menjadi pemandu Grab supaya dapat dipandu oleh selebriti seperti Fazley.





Hari ini saya balik dari KLIA, saya book Grab. Tiba2 dalam perjalanan balik, mula hujan lebat dan wiper kereta tu pulak mati! Driver Grab tu panic dan dia cakap “Alamak! macam mana saya nak drive ni? Saya tak boleh nampak dalam hujan tanpa wiper!” . Saya kata, “Jangan risau! Saya boleh drive dalam hujan lebat TANPA WIPER!” Terus kami bertukar tempat duduk. Sambil lori dan bas besar2 laju je lalu sebelah sampai bergegar kereta Proton Exora kitaorang tengah2 highway. . Nasib baik kami sampai juga ke rumah saya. Kelakar sebab, saya yang drive Grab car yang saya book sendiri, Grab driver pulak jadi passenger saya! Hahaha apa pun.. terima kasih banyak En Azman Ibrahim sebab izinkan saya drive kereta dalam hujan lebat, walau pun TANPA WIPER! Siapa nak saya drive??? @grabmy he is a very good driver! Please give him extra service points ok!
A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on
Sumber : Fazley Yaakob


No comments

Powered by Blogger.
a