Rimma Gayazova, 27, bekas peninju zaman persekolahan, didakwa menendang kelangkang bekas suami, Vyacheslav Povetyev, 29, di dalam lif sebuah bangunan di bandar Kaliningrad di sini.
Lelaki itu memberitahu polis bahawa dia kini ‘separa kembiri’ dan ‘mandul’ selepas doktor membuang sebahagian buah zakarnya disebabkan skrotumnya pecah.
Gayazova mendakwa dia hanya mempertahankan dirinya selepas mangsa bertindak mencekik lehernya dan mengugut untuk merampas anak mereka.
Wanita itu kini berdepan siasatan jenayah kerana sengaja mengakibatkan kecederaan badan dan jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara selama tiga tahun.