Header Ads

Hukum : Berdosa Jual Beli Pada Hari Jumaat



Pengerusi Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Mursyid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman menerangkan hukum jual beli semasa solat Jumaat dalam laman Facebook beliau, baru-baru ini.

Hukum jual beli pada waktu tersebut akan jatuh haram hanya apabila dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.




Jatuh hukum haram sekiranya jual beli dilakukan oleh lelaki, tidak kira sama ada pembeli atau penjual yang wajib solat Jumaat dan segala kesimpulan yang disimpulkan ini adalah berdasarkan dalil yang sahih.



"Ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai pelbagai pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah 'pasti haram', cuma terdappat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak azan pertama (azan masuk waktu).

Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut 'para ulama bersepakat tentang pengharaman jual beli selepas azan kedua'.

Persoalan timbul iaitu meskipun berjual beli di waktu itu adalah haram, bererti penjual dan pembeli berdosa namun adakah akad jual beli mereka ikut terbatal. Dalam hal ini, para ulama mempunyai dua pendapat. Pertama, akad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki. Kedua, akad batal dan berdosa. Ia adlah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki. Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah dipenuhi semuanya. Kecuali jika ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahan itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan akad.


Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:
a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.
b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.
c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Jom tekan button 'share'....

Sumber : Dr. Zaharuddin Abd Rahman






No comments

Powered by Blogger.
a