Header Ads

Kanak-Kanak 9 Tahun Berkahwin Dengan Remaja Wanita 14 Tahun




Musim cuti sekolah kebanyakan pelajar sekolah akan meluangkan masa bersama keluarga dengan percutian ke serata tempat. Namun begitu, berbeza pula pada musim cuti sekolah ini,kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun, Pollu Alexandria Robinson yang menikahi remaja wanita berusia 14 tahun, Karna Radheya. Perkahwinan mereka ini tular di laman sosial kerana perkahwinan di bawah umur.

Gambar sekitar majlis perkahwinan kedua-dua pasangan bawah umur di Indonesia ini tular apabila ada pengguna di Instagram memuat naik gambar pengantin bawah umur ini di laman Instagram. Gambar menunjukkan jelas pengantin sangat muda bergambar di pelamin majlis tersebut.





Kanak-kanak lelaki tersebut mengenakan kain serban dan jubah putih labuh manakala si pengantin perempuan memakai gaun putih. 

Pada latar belakang pelamin mereka, terdapat poster besar terpampang tulisan "Happy Wedding Suudi & Nur-Janna". Bukan itu sahaja, poster tersebut juga menunjukkan gambar 'pre-wedding' mereka dengan klip video seperti 'The Virgin' yang berada di belakang mereka.

Romantisnya apabila pasangan muda ini menyilangkan tangan bersama-sama ketika hendak meminum air dari cawan yang diperbuat daripada emas. Mereka juga saling suap-menyuap di hadapan pelamin.



Sementara itu, netizen mempersoalkan pernikahan pasangan itu terlalu muda untuk mendirikan rumah tangga, apatah lagi menggalas tanggungjawab sebagai suami atau isteri. 

"Di mana kejadian ini? Apa guna kerajaan negeri? Hentikan pernikahan ini untuk masa depan bangsa," kata netizen. 

Berita pernikahan Suudi dan Nur-Janna ini memberi tamparan yang hebat kepada Kerajaan Indonesia, di kala Kementerian Wanita dan Kanak-kanak sedang dalam usaha membantah perkahwinan kanak-kanak bawah umur. 

Sumber : okezone

No comments

Powered by Blogger.
a