Header Ads

Kecoh harga KFC naik tular di laman sosial - Ini Punca Harga Naik & Respon Sinis Najib Razak



Kecoh di laman sosial berkenaan kenaikan harga restoran makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) tanpa sedar oleh netizen sehingga mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi peminat tegar makanan itu. Namun begitu, pihak KFC sudah perjelas isu kenaikan harga KFC tersebut. 

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak juga memuat naik status di laman Facebook milikya pagi tadi mengulas isu kenaikan harga KFC tersebut sambil membuat kenyataan sinis dan memuat naik gambar dan  kenyataan dari Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 15 Oktober lalu. 

Najib mengulas bahawa kenaikan harga KFC akibat memasukkan cukai SST adalah satu contoh mengapa SST tidak telus dalam sistem yang sekarang.





" .......  contoh mengapa SST tidak telus"



"Di bawah sistem SST (yang sebenarnya dua cukai)......"


"Kutipan cukai SST akan jauh lebih rendah berbanding GST"





Kecoh di laman sosial netizen pertikai harga KFC naik 




Kenyataan Rasmi dari Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad 


Menurut laporan Malaysia Kini, Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holdings Berhad, Mohamed Azahari Mohamed Kamil diminta mengulas hantaran mengenai kenaikan harga produk KFC yang tular di media sosial.

Restoran makanan segera, KFC memaklumkan telah melakukan sedikit penyelarasan pada harga jualannya dengan memasukkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 6 peratus, berkuatkuasa mulai Disember 2018.

"Kami ingin menjelaskan bermula Disember 2018, senarai harga kami akan memasukkan SST sebanyak enam peratus.











No comments

Powered by Blogger.
a