Header Ads

Kejam! Guru tadika cucuk anak murid dengan jarum


Seorang guru tadika dihukum penjara 18 bulan selepas didapati bersalah kerana mendera kanak-kanak dengan mencucuk jarum terhadap mereka yang mencetuskan bantahan netizen kerana menganggap hukuman itu terlalu ringan.
Guru di tadika RYB Education New World itu mencucuk kanak-kanak dengan jarum pada November 2017, lapor mahkamah Chaoyang, Beijing.

Perbuatan menganiayai kanak-kanak itu oleh wanita dikenali dengan nama Liu Yanan mencetuskan kemarahan pelbagai pihak di seluruh China.
Siasatan dilancarkan ke atas tadika berkenaan selepas ibu bapa menemui kesan dicucuk jarum pada anak mereka yang belajar di sekolah dwi bahasa Cina dan Inggeris untuk golongan berada itu.
Ada juga beberapa dakwaan lain bahawa kanak-kanak yang menjadi mangsa telah dipaksa menelan pil yang tidak diketahui tujuannya.
“Peri laku guru terbabit menjejaskan kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak itu,” menurut kenyataan mahkamah meskipun tidak menyebabkan kecederaan kekal.
Liu juga telah diharamkan daripada bergaul dengan kanak-kanak di tempat kerja selama lima tahun selepas tamat menjalani hukuman.
Kecaman paling lantang dibuat golongan netizen yang marah mengapa tiada pegawai yang dikenakan hukuman.
Tiga pegawai Kementerian Pendidikan di Beijing disiasat atas dakwaan kurang memantau keadaan tetapi kes itu belum ada kemajuan.
Skandal ini bukan kali pertama membabitkan RYB. Pada April 2017, ia menggantung tugas ketua sebuah tadika Beijing selepas satu video tersiar menunjukkan beberapa guru melontar seorang kanak-kanak ke katil dan seorang lagi guru menendang seorang lagi kanak-kanak.
Sumber : AFP

No comments

Powered by Blogger.
a