Password Hacker : CyberSecurity Dedah Senarai 25 'Kata Laluan' Paling Mudah Digodam Tahun 2018, '123456' Adalah Yang Paling Atas!
Setiap tahun, SplashData firma yang berpangkalan di Los Gatos atau firma keselamatan siber (CyberSecurity) yang berperanan menyediakan perkhidmatan perlindungan identiti, akan mendedahkan senarai kata laluan yang paling mudah digodam dan dikira kata laluan terburuk oleh pengguna internet. Pada tahun ini, CyberSecurity telah mendedahkan berjuta-juta kata laluan yang paling mudah digodam, antara kata laluannya adalah nombor 12345.
Walaupun telah didedahkan kepada pengguna internet dan diingatkan supaya tidak menggunakan kata laluan yang paling mudah digodam ini, namun berjuta-juta pengguna masih beralih kepada kata laluan mudah digodam untuk melindungi peranti mereka.
Selepas '12345' dan 'password', lima kata laluan teratas dalam senarai hanyalah rentetan angka seperti 123456789, 12345678, 12345, 111111 dan 1234567.
Terdapat beberapa senarai tema kata laluan terburuk dengan menggunakan nama pertama dan hobi, seperti 'donald' dan 'bola sepak'.
25 Senarai Kata Laluan Paling Mudah Digodam dan Paling Teruk Bagi Tahun 2018:
1) 123456
2) password
3) 123456789
4) 12345678
5) 12345
6) 111111
7) 1234567
8) sunshine
9) qwerty
10) iloveyou
11) princess
12) admin
13) welcome
14) 666666
15) abc123
16) football
17) 123123
18) monkey
19) 654321
20) !@#$%^&*
21) charlie
22) aa123456
23) donald
24) password1
25) qwerty123
Gabungan kata laluan yang mudah diingat membawa padah
Ketua Pegawai Eksekutif SplashData, Morgan Slain, berkata, 'Hacker mempunyai kejayaan besar menggunakan nama selebriti, istilah dari budaya pop dan sukan, dan corak papan kekunci mudah untuk memecah masuk akaun dalam talian kerana mereka tahu begitu ramai orang menggunakan gabungan supaya mudah diingat'.
Menurut kajian, hampir 10% pengguna telah menggunakan salah satu daripada 25 kata laluan terburuk pada tahun lalu.
'Harapan kami dengan mendedahkan senarai kata laluan ini pada setiap tahun, agar dapat meyakinkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga melindungi diri mereka secara dalam talian,' katanya.
Menurut SplashData, kebanyakan pengguna yang menggunakan kira-kira 5 juta kata laluan yang mudah digodam pada tahun 2018 ini adalah pengguna dari Amerika Utara dan Eropah Barat.
Kata laluan 12 aksara atau lebih dengan memasukkan aksara bercampur & berlainan bagi setiap log masuk
Untuk membuat kata laluan yang kuat, firma mencadangkan agar pengguna menggunakan kata laluan dua belas aksara atau lebih dengan memasukkan aksara bercampur (nombor, simbol dan abjad). Bukan itu sahaja, pengguna perlu menggunakan kata laluan yang berlainan bagi setiap log masuk. Dengan cara itu, jika seorang penggodam mendapat akses kepada satu kata laluan, mereka tidak akan dapat menggunakannya untuk mengakses laman web lain.
Sumber : Dailymail
Post a Comment