Header Ads

Pemuda tambat hati ibu tunggal anak lima hingga kahwin : Tiada istilah tersalah 'tackle'

Gambar yang tular di media sosial baru-baru ini. Foto Kredit ; mstar online 

Tular di media sosial apabila seorang ibu tunggal, Tina Yusof yang punyai lima anak berusia 13 hingga 32 tahun dan empat cucu, mendirikan rumah tangga dengan pemuda bernama Muhammad Zulhelmie, 26. Sikap suka mengalah dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemuda ini mampu menambat dan mencairkan hati ibu tunggal berusia 49 tahun ini.

Tina merupakan seorang peniaga kedai makan sejak 20 tahun lepas dan kematian suaminya 6 tahun yang lalu. Dia mengenali Muhammad Zulhelmie menerusi laman sosial Facebook dan mengambil masa selama dua tahun untuk membuat keputusan berkahwin dengan jejaka ber­kenaan.

“Kalau jodoh kita tidak ke mana, saya boleh terima sebab dia banyak mengalah. Sebagai pe­rempuan, kita suka lelaki macam itu yang boleh bertolak ansur.
“Dia menerima saya seadanya dan menyatakan menyukai wa­nita berusia yang nampak lebih matang dalam melayari kehidupan rumah tangga,”kata ibu tunggal itu.

TINA YUSOF dan Muhammad Zulhelmie Fikrie Salihin bergambar bersama tetamu dalam majlis perkahwinan mereka di Felda Bukit Kepayang di Bera, Pahang Sabtu lalu.

Fauziana Salikin, kakak kepada pemuda itu menjelaskan buah mulut Netizen yang tidak benar sama sekali berkenaan adiknya yang kononnya tersalah 'tackle', mahu anak tetapi dapat emak pula. Fauziana menjelaskan lagi bahawa keputusan mereka untuk mendirikan rumah tangga walaupun beza umur 23 tahun adalah suka sama suka. Tiada istilah tersalah 'tackle'.

Dalam pada itu, Tina berkata, dia bersyukur kerana anak-anaknya dapat menerima kehadiran suami baharunya itu meskipun ada yang sebaya dengan mereka, manakala ibu bapa dan ahli keluarga suaminya juga menerimanya dengan baik.

Sementara itu, anak sulung Tina, Norashiela Muhammad Jamil, 32, berkata, dia dan empat adiknya mendoakan kebahagiaan ibunya itu dalam melayari fasa baharu kehidupan berumah tangga.

“Mula-mula kami tidak bersetuju juga emak hendak kahwin atas perbezaan faktor usia tetapi lama kelamaan selepas berbincang, mungkin itu jodoh emak dan kami menerimanya,”katanya.


Sumber : BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.
a