Header Ads

Pengantin terkial-kial cari 'crown' dengan tangan masih berinai, 'bridesmaids' selamba keluar pergi sarapan

Intan Nabila Syafinaz Kaharuddin, 24, Jurusolek dan juga seorang ibu kepada 2 cahaya mata

Sudah menjadi 'trending' bila kita lihat gambar di Instagram, apabila gambar pengantin seakan-akan wajib dikelilingi 'bridesmaid' di kiri dan kanan pengantin dengan baju dan tudung yang sedondon semuanya lagi menaikkan seri gambar perkahwinan tersebut. 

Kebiasaannya, bilangan 'bridesmaid' adalah 5-10 orang dan terdiri daripada kawan-kawan rapat si pengantin. Namun, pernah anda terfikir apa sebenarnya fungsi 'bridesmaids' ? Betul-betul boleh membantu persiapan si pengantin atau sekadar 'boneka' untuk 'mencantikkan' gambar sahaja?

Tular di laman sosial Twitter sehingga mendapat lebih 10K Retweet daripada Netizen yang membaca status seorang jurusolek bernama Intan Nabila Syafinaz Kaharuddin, 24, yang berhadapan dengan situasi seperti ini berkenaan pengantin dan ragam 'bridesmaids' pada tahun lalu.




Pengantin terkial-kial cari crown dengan tangan masih berinai. 'Bridesmaids' keluar pergi Starbucks 







Pengantin ditinggal bersiap keseorangan, 'Bridesmaids' pesan jumpa kat dewan nanti

Jurusolek yang perpengalaman dengan situasi ini menjelaskan peranan pengantin sememangnya bukanlah seperti orang gaji tetapi sekurang-kurangnya memudahkan si pengantin yang sudah pasti berdebar saat hari bersejarahnya.

"Banyak benda yang pengapit boleh tolong. Contohnya, jagakan telefon bimbit pengantin atau ambilkan barang sedikit-sedikit ke... benda-benda macam itulah yang boleh mereka lakukan.

"Bukan tinggalkan pengantin seorang diri tanpa bantuan. Saya sendiri terkejut bila pengapit cakap mereka nak keluar bersarapan dan siap cakap nak jumpa pengantin terus di dewan sahaja nanti.

"Bukan seorang sahaja, tapi semua 'bridesmaids' hilang. Saya pula yang kena tenangkan pengantin kerana dia tidak dapat kawal perasaan," ujarnya.











Tips nak cari 'bridesmaids'




Tidak semua 'bridesmaids' bersikap lepas tangan

Namun, tak semua 'bridesmaids' tidak dikatakan tidak 'function'. Si pengantin perlu bijak memilih kerana pembaziran berlaku sekiranya pihak pengantin menaja pakaian kesemua 'bridesmaids' yang tidak membantu langsung.






'Bridesmaid' yang prihatin






Dengan kesibukan majlis perkahwinan pasti adik beradik dan ibu bapa serta saudara mara sibuk untuk hal lain-lain selain daripada fokus kepada si pengantin. Di sini, 'Bridesmaids' yang perlu ambil peranan penting membantu si pengantin. 


Sumber : mstar, Intan Kaharuddin

No comments

Powered by Blogger.
a