Header Ads

Resepi Simple 'Choco Lava Cake' Tanpa Menggunakan Oven



Kadang-kadang tekak korang meminta makanan manis-manis tak ? Dah musim cuti sekolah ni, mesti anak-anak pun mintak makanan pelik-pelik kan ? Sama ada kek atau pun 'something' yang 'sweet'. 'Hantu' coklat mesti cuba resepi ni. Resepi ni boleh buat sendiri kat rumah. Jimat minyak dan masa nak pergi ke kafe tertentu atau restoran mahal-mahal semata-mata untuk nikmati Choco Lava Cake yang sedap tak terhingga! 


Bahan :

3 sdm tepung terigu pro sedang
2 sdm gula pasir
2 butir telur dan 1 sachet SKM coklat
2 sdm margerin
60 gram coklat dcc dan garam 1/4 sdt
2 sdm coklat bubuk



Topping :

Gula halus secukupnya.



Cara-cara nak buat Choco Lava Cake :

1. Cairkan coklat masakan bersama mergerin (double boiling).

2. Apabila coklat telah cair, angkat dan sejukkan dahulu.

3. Di dalam bekas lain, pecahkan telur dan masukkan gula pasir.

4. Kacau sehingga sebati.

5. Masukkan tepung terigu dan coklat bubuk serta garam yang diayak.

6. Kacau rata.

7. Masukkan susu pekat manis.

8. Masukkan bahan yang telah dicairkan tadi.

9. Kacau rata.

10. Masukkan adunan ke dalam jug untuk memudahkan adunan dimasukkan ke dalam bekasnya.

11. Tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam jug.

12. Masukkan ke dalam bekas yang telah dioleskan margerin.

13. Kukus selama 8 minit.

14. Hiaskan permukaannya dengan gula halus atau mengikut cita rasa sendiri. Nak tambah aiskrim pun menarik!




Selamat Mencuba!

Sumber : Resepi Makanan Malaysia

No comments

Powered by Blogger.
a