Header Ads

Selepas Balik Umrah Terjadi Sesuatu Kepada Datuk Awie


Datuk Awie atau nama sebenarnya Datuk Ahmad Azhar Othman mendedahkan itu merupakan kali pertama sepanjang hidupnya 50 tahun, dia membotakkan kepala!

"Sayalah yang paling terkejut! Ketika proses mencukur kepala, saya pejamkan mata dan berzikir.

"Saya tak nak tengok! Sebabnya daripada lahir sampai umur 50 tahun saya tak pernah botak!

"Apabila sudah habis, saya angkat plastik dan tutup muka sendiri, saya tak nak tengok cermin.
"Sehari setengah jugalah saya tak nak tengok muka sendiri dan tak masuk bilik air.

"Belakang kepala pun rasa ringan je. Apabila nak mandi untuk solat Subuh keesokannya barulah saya buka perlahan-lahan.

"Sekali tengok muka macam bola!" katanya
Ini juga merupakan pengalaman sulung Awie mengerjakan umrah dan vokalis kumpulan Wings itu berangkat ke tanah suci pada 18 November lalu bersama-sama rakan motorsikalnya di bawah kelab Wings Moto Gang Society (WMGS).

Cerita Awie lanjut, dia memberitahu khabar tentang perubahan imejnya itu kepada isteri beberapa hari kemudian.

"Hari kedua barulah saya beritahu isteri sebab saya sendiri tak tahu bagaimana nak beritahu.
"Katanya 'You dah botak!'," tambah Awie lagi.

Kata Datuk Awie lagi, selepas sahaja menunaikan umrah, dirinya menghadapi saat-saat yang mendebarkan apabila seluruh badan menjadi lemah sebaik pulang sahaja dari umrah. Sebaik sahaja tiba di Malaysia dia menghadapi kesukaran untuk membuang air besar hingga berdarah dan mengalami kaki “jammed”

Jelas Datuk Awie dia pun tidak pasti apa yang telah berlaku ke atas dirinya tapi mungkin ia adalah satu petanda untuk terus berada di Tanah Suci Mekkah. Selain itu, Datuk Awie turut berkongsi pengalaman sepanjang dia di Kota Suci Mekkah dan buat kali pertamanya dia menitiskan air mata setiap kali dia selesai menunaikan Solat Sunat.

“Saya menangis setiap kali solat sunat. Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan, ketika saya berada di Taman Raudhah di Madinah”
“Saya seolah-olah berjumpa dengan kekasih, saya menangis tak henti-henti di situ”. Tambahnya lagi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Awie bakal muncul dengan filem televisyen terbaharu Berani Jadi Papa bergandingan dengan Ungku Hariz dan pelakon kanak-kanak Rykarl.

No comments

Powered by Blogger.
a