Syed Saddiq antara 'Top 20' Anak Muda Paling Berpengaruh
![]() |
Foto Kredit : Utusan Online |
Kejayaan disenaraikan sebagai antara anak muda paling berpengaruh dunia diharapkan menjadi pemangkin untuk Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25, untuk terus bersemangat tinggi sebagai suara generasi muda di Malaysia.
Harapan itu disuarakan pengguna laman sosial selepas Syed Saddiq memuat naik keratan berita berkenaan pengikitrafan yang diberikan oleh platform polisi global, Apolitical, ke akaun sosial media miliknya.
Dalam masa yang sama, netizen juga meluahkan hasrat agar Ahli Parlimen Muar itu meletakkan aspirasi politik selari dengan kehendak serta tuntutan agama.
Penyenaraian ini meletakkan Syed Saddiq antara dua wakil dari Asia yang berjaya dinobatkan dalam senarai 20 teratas dunia bersama Menteri Teknologi Maklumat dan Pembangunan Luar Bandar, Andra Pradesh, di India.
Dalam reaksinya terhadap penyenaraian itu, Syed Saddiq menyifatkan ia satu kejayaan dan pengiktirafan tidak langsung kepada pembentukan Malaysia Baharu.
"Anak muda kini tidak boleh lagi dipandang ringan dan diabaikan, tetapi patut dilihat sebagai pendorong utama dalam usaha pembangunan negara.
"Saya berbesar hati dengan pengiktirafan 'World's 100 Most Influential Young People 2018', tetapi saya lebih berbesar hati dapat berkhidmat untuk anak muda Malaysia," tulisnya di laman sosial.
Sumber : Awani
Post a Comment