Header Ads

Tiket konsert Blackpink habis ditempah

 
KUMPULAN sensasi Korea, Blackpink, akan menghiburkan peminat negara ini pada Februari depan. - Foto Instagram Blackpink
Semua 8,000 tempat duduk bagi konsert kumpulan K-pop sensasi, Blackpink, di Stadium Tertutup Malawati, Shah Alam, pada 23 Februari depan habis ditempah dalam tempoh dua hari ia dibuka.
Menerusi pemerhatian BH Online, selain jualan secara dalam talian di laman web rasmi penganjur, MacpiePro, orang ramai juga sanggup berbaris di kaunter terpilih di beberapa pusat beli-belah sebaik sahaja jualan dibuka pada 12 Disember lalu.


Malah, ramai peminat meluahkan rasa kecewa apabila tidak berpeluang mendapatkan tiket menerusi kedua-dua saluran terbabit walaupun MacpiePro mengehadkan hanya empat tiket bagi setiap pembelian.
Tiket yang mula dijual pada harga RM273 hingga RM673 menjadi rebutan peminat fanatik yang tidak kisah menunggu lama di depan komputer mahu pun berbaris panjang sebelum jam 12 tengah hari pada hari pelancaran jualan tiket.
Blackpink yang dibarisi empat gadis, Jennie, Rose, Jisoo dan Lisa, mencipta fenomena hanya dalam tempoh dua tahun ia ditubuhkan.
Mereka yang popular dengan lagu Forever Young, Whitsle dan Boombayah turut bekerjasama dengan penyanyi tersohor, Dua Lipa, menerusi Kiss and Makeup.
Bagi siri jelajah ini, mereka dijangka membawakan rangkaian lagu popular kumpulan itu termasuk Ddu-Du Ddu-Du, selain persembahan solo dan juga ‘remix’.
Selain Kuala Lumpur, konsert Jelajah Dunia Blackpink 2019 - In Your Area turut singgah di Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Manila, Singapura dan Taipei.

No comments

Powered by Blogger.
a