Header Ads

UNIC kecewa dengan Fitri Haris



Kumplan Nasyid UNIC kecewa dengan bekas ahli kumpulan mereka yang kini bergerak secara solo tak lain tak bukan, Fitri Haris. Fitri lebih giat aktif selepas bergelar juara Gema Gegar Vaganza pada awal tahun ini. Timbul rasa tidak puas hati apabila Fitri masih menyanyikan lagu-lagu kumpulan itu pada setiap persembahannya.

Ahlinya Bazli berkata, penyanyi yang menjuarai program Gema Gegar Vaganza 2018 itu tidak wajar meraih perhatian dengan menggunakan nama Unic.

"Di Malaysia ni ada dua Unic? Saat Unic masih ada, malah aktif dan tengah sibuk persedian konsert 7 Disember ini boleh pula ada Unic 2 yang buat konsert nyanyi lagu yang sama.

"Macam kelakar pun ada. Bina karaktor sendiri, bina identiti sendiri, kekuatan dan pengikut sendiri. Yakin dengan kemampuan diri sendiri boleh pergi lebih jauh tanpa dibayangi Unic," ujarnya.


Teguran tanda tidak puas hati dengan tindakan bekas ahli kumpulan UNIC






Fitri Haris memuat naik gambar berkaitan konsert yang bakal berlangsung di Universiti Teknologi Mara (Uitm) pada 9 Disember depan. Apa yang mencetuskan tidak puas hati anggota kumpulan UNIC adalah apabila pada caption gambar tersebut, Fitri menyenaraikan lagu-lagu yang bakal dinyanyikan olehnya dan kebanyakannya adalah lagu kumpulan UNIC. 

Kumpulan UNIC kini yang dianggotai olen Bazli, Najdi dan Fakhrul membuat teguran di laman sosial Instagram secara terbuka kerana menurut mereka, hal ini telah dibincangkan pada 2 bulan lalu tetapi seakan-akan Fitri tidak ambil maklum.

Bazli berkata "Ada sebab saya post ini, dua bulan lalu kita sudah bincang secara elok perkara ini dah selesai. Dunia kreatif seni ini sangat luas tanpa perlu guna elemen throwback dan ulang kisah-kisah sedih Unic," ujarnya.

Bazli berkata, dia tidak mahu bergaduh, namun berharap penyanyi berkenaan bekerja secara profesional dan menggunakna identiti sendiri.

Sementara itu, seorang lagi ahli kumpulan Unic iaitu Najdi pula turut menganggap tindakan Fitri sebagai tidak menghormati bisnes rakan-rakannya.

"Kau tak hormat bisnes kawan-kawan. Kau melampau. Kami sudah cuba selesaikan tapi tiada perubahan," ujarnya.

Sementara itu, Fitri yang dihubungi enggan mengulas berkaitan perkara berkenaan.
Pengurusnya, Fazilah berkata, penyanyi berkenaan hanya menyanyikan dua buah lagu Unic berikutan permintaan daripada pihak penganjur.

"Pihak Unic ada menghubungi Fitri dan dalam perbincangan itu mereka meminta agar Fitri menampilkan identitinya sendiri tanpa dibayangi Unic.

"Tapi mereka tidak menjelaskan secara terperinci bahawa tidak izin bawa lagu-lagu mereka. Lagu Ainul Mardhiah dan Zinnirah merupakan lagu yang Fitri bawa semasa GGV2018 lalu dan sering diminta oleh penganjur.

"Fitri bawakan lagu itu dengan versi GGV bukan versi Unic, tiada niat langsung untuk dia caras rezeki rakan-rakannya itu," ujarnya.





No comments

Powered by Blogger.
a