Header Ads

Ustaz Dusuki undang amarah netizen kerana 'caption' dimuat naik berkaitan Tsunami membadai band Seventeen

Rentetan bencana Tsunami menimpa Selat Sunda Indonesai, ahli Jawatankuasa PAS Selangor, Ahmad Dusuki Abd Rani telah memuat naik video insiden Tsunami di laman Instagramnya. Rakaman video Tsunami yang membadai kumpulan Seventeen sewaktu persembahan berlangsung pada malam Sabtu lalu telah dimuat naik berserta dengan 'caption' yang dikatakan tidak menggambarkan peribadi sebagai seorang 'ustaz'.

Ustaz Dusuki dikecam netizen dan mengundang amarah netizen yang tular di laman Twitter sehingga mendapat hampir 7000 Retweet daripada pengguna Twitter.


'Caption' pada video yang dimuat naik oleh ustaz tersebut membuatkan pengguna Instagram tidak berpuas hati kerana 'condemn' mangsa Tsunami dan mengambil kesempatan untuk meraih derma berserta dengan no. akaun yang tertera pada 'caption' tersebut.


Usahlah melakukan maksiat!!! kerana maksiat itu menarik azab







A post shared by Ustaz Ahmad Dusuki (@ustazahmaddusuki) on




Macam ni ke akhlak seorang Ustaz ?











Rata-rata netizen meluahkan rasa marah dengan tindakan ustaz tersebut. Tetapi ada juga yang berpendapat Ustaz Dusuki berniat baik dengan meletakkan no akaun pusat tahfiz tersebut sebagai medium untuk disalurkan sumbangan kepada mangsa Tsunami yang membadai Selat Sunda, Indonesia.



Sumber : Ustaz Ahmad Dusuki  , Fadzilah Mamat 

No comments

Powered by Blogger.
a