Header Ads

(Video) Lebih 20 Kereta Tersadai Selepas Isi Minyak, Petronas Akui Kecuaian & Mohon Maaf


Tular beberapa video di laman sosial pagi tadi menunjukkan beberapa buah deretan kenderaan tersadai di lebuh raya kerana didakwa kenderaan mereka mengalami masalah  selepas mengisi minyak di Stesen Petronas Solaris Besraya.





Menurut dakwaan, bahan api tersebut dikatakan telah bercampur dengan air menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan yang mengisi minyak di stesen tersebut.






Apabila isu ini tular dan pelbagai dakwaan daripada pelbagai pihak, syarikat Petronas tersebut bertanggungjawab tampil mengeluarkan kenyataan rasmi mohon maaf dalam dua bahasa melalui laman Twitter rasminya.




Menurut Petronas, berdasarkan penilaian awal yang dilakukan oleh pihak mereka,  kejadian tersebut dikatakan berpunca daripada kecuaian operasi pengendalian di stesen tersebut sahaja dan tidak melibatkan stesen Petronas lain. Justeru itu, stesen minyak Petronas Solaris telah ditutup buat sementara waktu.

Petronas mengambil serius berkenaan isu ini dan berjanji akan melakukan siasatan terperinci. Pihaknya juga akan bertanggungjawab dengan memberi pampasan yang sewajarnya kepada semua pelanggan yang terlibat.




Sumber : Petronas Brands

No comments

Powered by Blogger.
a