Header Ads

(VIDEO) Sebab Buli Rakan, Seorang Ayah Denda Anak Jalan Kaki 8 km Ke Sekolah

Ayah memuat naik video di laman Facebook pada Isnin (3 Disember 2018) menunjukkan anak perempuannya berjalan kali sepanjang jalan dan diekori oleh ayahnya di belakang dengan menaiki kereta.


Buli dalam kalangan pelajar adalah sangat salah disisi undang-undang. Ia adalah disebabkan boleh mendatangkan kesan buruk kepada mental dan fizikal seseorang. Ibu dan ayah yang baik adalah menegur anaknya sekiranya terlibat dengan perkara sebegini. Namun setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri untuk memberikan pengajaran kepada anak masing-masing.

Seorang bapa di Amerika Syarikat mempunyai cara tersendiri menangani anak perempuannya yang membuli rakan sekolah ketika di dalam bas. Video dirakam Matt Cox mendapat perhatian pengguna laman sosial sehingga meraih lebih 700 ribu perkongsian.

Dihalau dari bas untuk kedua kali




Matt iaitu ayah kepada anak yang membuli rakannya, yang tinggal di Ohio mendenda anaknya berjalan sejauh 8 kilometer ke sekolah dalam kesejukan musim dingin. Anaknya disingkirkan dari bas selepas dipercayai membuli. Bapa itu merakam video anaknya berjalan sambil mengekorinya menggunakan kereta. Suhu dipercayai mencecah 2.2 darjah Celcius.
Matt menerangkan bahawa membuli tidak boleh diterima di mana-mana sekalipun, apatah lagi rumahnya.
Matt menerangkan anaknya telah membuli seorang murid dan diharamkan menaiki bas sekolah untuk kedua kali, bagi tahun ini.
"Mesti ramai ibu bapa yang tak setuju dengan saya tapi tak apa kerana saya hanya buat apa yang saya rasa betul untuk ajar anak saya dan buatkan dia berhenti membuli".
Tambah Matt, anak perempuannya itu masih gembira, sihat dan dan mula menyedari dan menghargai benda-benda yang tidak pernah diambil kisah sebelum ini.
Sumber : Matt Cox , News Straits Times

No comments

Powered by Blogger.
a