Header Ads

(VIDEO) Wanita Diserang Lelaki Pegang Parang Akibat Tunjuk 'Thumbs Up'


Kes buli jalanraya melibatkan pengguna jalan raya yang tidak berhemah sangat membimbangkan. Lebih-lebih lagi, ada yang bertindak di luar jangkauan apabila seseorang itu hilang sifat sabar, tidak bertolak ansur dan marah yang tidak boleh dikawal. Kes ini sepatutnya diambil tindakan segera supaya tidak berulang.

Tular laman sosial Twitter sehingga mendapat 6000 retweet malam tadi, video seorang wanita diserang oleh seorang lelaki yang memegang parang di tangannya. Wanita itu sempat merakam tindakan lelaki yang memegang parang berjalan ke arahnya dan memuat naik di laman Twitter miliknya lalu menceritakan hal sebenar yang berlaku mengapa lelaki itu bertindak sedemikian. 

Lelaki simpan parang dalam kereta





Wanita tersebut yang menggunakan nama tweet handle 'meow' telah menceritakan apa yang terjadi di waktu itu melalui thread video tersebut. 


Tiba-tiba laju & cucuk kereta I 




Lelaki itu berani turun dan pegang parang sebab aku perempuan





Wanita tersebut membuat aduan melalui laman Twitter dengan 'mention' Twitter milik PDRM iaitu @PDRMsia


PDRM meminta pergi buat laporan polis di balai polis berdekatan 




Pihak PDRM memberi maklum balas sejurus wanita itu membuat aduan di laman Twitter dan pihak PDRM meminta agar wanita tersebut pergi ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan polis bagi pihak polis membuat tindakan lebih lanjut.






Sumber : Twitter

No comments

Powered by Blogger.
a