Header Ads

Vivo NEX, Telefon Nirbingkai Pertama dengan Kamera Depan Tersembunyi




Vivo telah melancarkan “flagship” Vivo NEX di Malaysia. Apa yang membezakan Vivo NEX dengan telefon pintar lain? Vivo NEX bukan sahaja mempunyai spesifikasi terkini, tetapi menggunakan rekaan nirbingkai dan kamera depannya boleh disembunyikan!



Vivo NEX hadir dengan paparan Ultra FullView. Skrin Vivo NEX menggunakan paparan Super AMOLED dengan nisbah skrin ke badan sekitar 91.24%.

Untuk mencapai rekaan ini, Vivo menyembunyikan kamera depan melalui sebuah bahagian pop-up pada bahagian atas. Maka, kamera boleh dikeluarkan dan disembunyikan dengan mudah sekali. Cara menggunakan kamera ini same je macam fon biasa. Jadi, kamu boleh lah mengambil selfie sepuas hati seperti biasa.

Selain teknologi kameranya, Vivo juga menggunakan teknologi Screen SoundCasting yang menukarkan skrin kepada pembesar suara. Teknologi ini bukan sahaja mengurangkan takuk tetapi meningkatkan kualiti bunyi!

NEX juga hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin dan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang membuatkannya betul-betul pintar.

Seperti telefon pintar Vivo lain, Vivo tak pernah mengecewakan dalam bab fotografi. Kamera NEX telah dinaik taraf dengan lensa generasi Sony IMX363 baru dan ketepatan tinggi 4-paksi penstabilan imej optik (OIS) dengan penstabilan imej (EIS).

Kamera NEX juga mengandungi pelbagai ciri Fotografi AI seperti AI Scene Recognition, AI HDR, AI Filter dan AI Potrait Framing. Dengan adanya kesemua ciri ini, kamu pasti tiada masalah menangkap gambar dalam apa jua situasi.

Dari segi spesifikasi, Vivo NEX dijana cip Snapdragon 845, memori 8GB RAM dan storan 128GB dan bateri 4000mAh.

Vivo NEX ini sememangnya mewakili inovasi dalam rekaan, prestasi dan teknologi terkini bagi jenama Vivo. Vivo NEX sedang dijual pada harga RM2,799.










Jika kamu merasakan Vivo NEX terlalu mahal untuk kamu, jarang risau kerana Vivo juga telah mengeluarkan telefon pintar kelas pertengahan pertama iaitu Vivo V11. V11 ini juga tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan Vivo NEX.

Vivo V11 adalah telefon pintar terbaru Vivo Malaysia. Ia hadir dengan sokongan pengimbas cap jari terbina pada skrin yang membolehkan kamu membuka kunci telefon dengan mudah sekali. Malah, kamera AI membolehkan kamu menangkap gambar secantik kamera profesional.

Kedua-dua model fon ini boleh didapati dalam warna Starry Night dan Nebula. Atau, jika kamu inginkan kelainan, V11i boleh didapati dalam warna edisi terhad, Fairy Pink.




V11 hadir dengan paparan skrin Super AMOLED dan Halo FullView serta dijana Snapdragon 660 AIE dan 6GB RAM. V11i pula dijana MediaTek P60 dan 4GB RAM. Kedua-dua V11 dan V11i mempunyai storan sebanyak 128GB.

Vivo V11 dan V11i sedang dijual pada harga RM1,699 dan RM1,099 masing-masing.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawat Vivo Store atau laman web rasmi Vivo Malaysia (http://www.vivo.com/my).


#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #NEX #AICamera #WeGotTheNight 









No comments

Powered by Blogger.
a