Header Ads

"1 Dalam Sejuta" - Bapa Catat Jadual Kepulangan Setiap Seorang Anak Dalam 'Buku Khas'


Tular di laman sosial daripada status yang dimuat naik oleh anak perempuan kepada seorang bapa yang boleh dikatakan '1 Dalam Sejuta' mempunyai buku khas yang dinamakan sebagai Buku Jadual Anak-Anak Balik Kampung' untuk mencatatkan kepulangan setiap seorang anaknya.

Buku tersebut lengkap dengan senarai butiran seperti nama, bulan, tarikh dan jumlah hari serta sebab kepulangan.

Lampiran jadual 'Anak-anak Balik Kampung'

Dia yang turut memuat naik gambar kertas 'Juara Balik Kampung 2018' berkata : "Jadi, pemenang paling banyak adalah saya sendiri. Tahniah kepada diri sendiri".

"Memandangkan abah (panggilan ayah) seorang yang sangat teliti mengenai semua perkara, maka jadual anak-anak balik kampung pun abah catat OK. Hahah siapa balik abah isikan tarikh. Jadi, pemenang paling banyak balik kampung akan dapat hadiah hujung tahun," katanya menerusi posting yang dikongsi hampir 3000 share.




Wanita berkenaan, Nurul Idayu Abdul Najib berumur 26 tahun mengakui bapanya seorang yang begitu teliti hingga setiap barang dibelinya akan ditulis tarikh pembelian, sama ada di belakang barang berkenaan atau dicatatkan pada diarinya.




Juara balik kampung dimenangi oleh kakak

Kedudukan bilangan balik kampung sepanjang 2018.

Anak bongsu daripada 5 beradik ini mengatakan dokumen penting seperti sijil kelahiran dan sijil-sijil sekolah turut disimpan bapanya mengikut fail anak masing-masing.




Tujuan buat buku jadual kepulangan anak

Mula buat buku jadual kepulangan anak sejak tahun 2017, mulanya dibuat secara senyap-senyap. Bila dah akhir tahun, baru dia beritahu kami adik-beradik.

Bapa Idayu memberitahu jadual tersebut sekadar suka-suka untuk mengingatkan tentang kepulangan 5 anaknya.





Mereka juga pernah membuat kejutan balik secara senyap-senyap tanpa pengetahuan bapanya hingga bapanya bergenang air mata melihat anak-anaknya balik.

Sumber : mstar








No comments

Powered by Blogger.
a