Header Ads

Anak mengalami 'tantrum' ? Bagaimana Ibu Bapa Nak Atasi ? Ini Jawapan...



Setiap ibu bapa pasti pernah mengalami situasi di mana anak-anak meragam, tidak kira di rumah atau di tempat awam.

Bagi ibu bapa yang tidak bijak menangani si kecil, ia mungkin menjadi situasi yang merengsakan buat mereka.

Antara perangai kanak-kanak yang sering memeningkan kepala ibu bapa ialah menjerit, menendang, memukul, tidak dengar cakap dan lain-lain.

Namun, setiap masalah ada jalan penyelesaian.


Apa itu tantrum ?

Penyebab tantrum pada anak adalah ketika ia menginginkan sesuatu namun tidak dapat mengungkapkannya, hal ini disebabkan karena kemampuan bahasanya yang belum bisa memahami struktur kalimat yang kompleks secara benar. Mereka hanya mampu mengungkapkan beberapa kata di dalam pikirannya. Sehingga mereka mengamuk untuk mengutarakan apa maksudnya. Tantrum pada anak bisa jadi merupakan sebuah observasi yang ia lakukan, lho. Saat dirinya tidak bisa mengungkapkan keinginannya, maka ia mengamuk. Ketika mengamuk dan Anda menuruti keinginannya, maka ia akan melakukan hal (mengamuk) itu untuk memenuhi keinginannya. Dan jika dibiarkan, hal itu akan menjadi kebiasaan buruknya.



Menurut mstar online, pengasas Avicenna & Hayyan Holistics dari Singapura, Noraisha Mohammad Anwar berkongsi pengalamannya menenteramkan anak-anak dengan satu teknik mudah.

"Saya menggunakan teknik terapi aroma yang boleh mengawal dan mengurangkan kesakitan daripada segi fizikal, mental, emosi dan keseluruhan rohani anak-anak.

"Teknik menyedut aroma melalui saluran hidung kita, teknik sapu iaitu urutan untuk pelepasan atau mengeluarkan yang terpendam dalam seluruh badan," ujarnya.

Antara tips yang boleh digunakan untuk membantu ibu bapa mengendalikan si kecil yang sedang 'tantrum' adalah seperti berikut:


1. Guna aroma yang sesuai



Gunakan aroma yang boleh mengawal 'tantrum' seperti gabungan beberapa jenis bunga untuk yang boleh menenangkan dan mencegah amarah yang tidak terkawal.

Kemudian, ia boleh terus disapu di kawasan tengkuk, belakang telinga, dada, telapak tangan dan kaki.

Pati aroma yang dapat memberikan oksigen dapat meransang minda dan emosi agar lebih terkawal.



2. Didik dengan kelembutan



Anak-anak harus diberi pemahaman tentang akibat kelakuan mereka dengan cara baik.

Gunakan aroma yang boleh membersihkan dan melancarkan resepsi otak supaya minda lebih rasional.

Pati yang membantu untuk mengaktifkan logik dan menahan emosi juga boleh digunakan.



3. Pastikan anak cukup tidur



Fahamkan anak-anak bahawa kurang waktu tidur akan membuatkan mereka sentiasa meragam.

Anak-anak yang kurang selera makan dan tidak cukup zat juga tidak dapat bekerjasama dengan mudah.



4. Pergaulan sihat



Anak-anak yang kurang mengamalkan pergaulan sihat akan berfikiran kurang matang.

Sebagai ibu bapa, harus memberi persediaan dalam aspek keyakinan diri dan mengatasi persoalan si anak secara seimbang dengan hati dan minda yang terbuka.

No comments

Powered by Blogger.
a