Header Ads

Berita Baik : Orang Bujang Golongan B40 Layak Sewa Bilik Serendah RM100, Dengan Skim 'Micro-Housing'


Ada masalah tak cukup duit ? Komitmen rumah sewa tinggi ? Ada berita baik untuk golongan bujang berpendapatan rendah yang tinggal di ibu kota bakal menikmati kadar sewa bilik serendah RM100 sebulan menerusi skim 'micro-housing' mulai tahun 2019.



Gambar Sekadar Hiasan

Inisiatif perumahan bantu golongan berpendapatan rendah


Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dilaporkan berkata, inisiatif itu diperkenalkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantu mengurangkan beban golongan bujang dalam kumpulan B40 yang mengalami kesukaran mencari bilik sewa ketika bekerja di sekitar ibu kota.




Berkonsepkan 'Capsule Hotel'

"Kami akan membuat konsep seperti 'capsule hotel' yang mana sebuah bangunan lama DBKL di Jalan Tuanku Abdul Rahman telah dikenalpasti dan akan diubahsuai menjadi dua blok iaitu untuk lelaki dan wanita bujang, masing-masing mempunyai 120 buah bilik.




Gambar hiasan : Tribunnews.com




Gambar hiasan : travistory.com






Sewa bulanan serendah RM100

"Dua blok bangunan itu boleh menampung sehingga 200 penghuni dan mereka akan dikenakan kadar sewa bulanan serendah RM100," katanya ketika wawancara '100 hari Datuk Bandar Kuala Lumpur' di sini, pada Selasa, menurut laporan Bernama.



Bagaimanapun, Nor Hisham dipetik berkata, penghuni bangunan itu tidak dibenarkan memasak.


"Kerja-kerja pengubahsuaian mula dilakukan sejak dua minggu lalu dan peruntukan untuk tujuan ini adalah di sekitar RM5 juta hingga RM10 juta.

"Kami menjangkakan ia akan siap dalam pertengahan tahun ini dan akan mula membuka permohonan kepada golongan bujang dalam tempoh yang sesuai," katanya.

Katanya penghuni 'micro-housing' dikehendaki berpindah jika mereka berkahwin atau membeli rumah.





Permohonan online menerusi iklan DBKL


"Kami akan membuka permohonan secara 'online' menerusi iklan DBKL. Buat masa sekarang kami akan tertumpu kepada bangunan di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kami akan memperluaskan program ini ke kawasan lain di ibu kota jika ada permintaan tinggi," katanya.


Sumber : awani

No comments

Powered by Blogger.
a