Header Ads

BUKU NOTA SAMPAI RM3000? Mahalnya hadiah DSV untuk anaknya Cik B!





Cik B anak kepada Datuk Seri Vida pernah menerima hadiah dari ibunya sebuah kereta mewah Mercedez Benz CLK berharga setengah juta Ringgit Malaysia yang baru sahaja berusia 13 tahun. Memang bertuah jadi anak jutawan, namun bukan itu yang perlu dikejar di dalam hidup, kan? Baru je masuk awal bulan pertama sesi persekolahan 2019, Cik B telah mendapat satu lagi kejutan sebuah buku nota jenama mewah, Louis Vuitton berharga RM3000. Hadiah tersebut diberikan kepada anaknya adalah memandangkan anak perempuan tersebut rajin ke sekeloh.


@kredit: Dato Seri Vida



Di ruangan komen rata-rata netizen cemburu dengan kehidupan Cik B yang serba mewah dan tidak kurang ada juga mengatakan Cik B sangat bertuah kerana mempunyai ibu yang penyayang. Namun sudah tentu sahaja komen negatif netizen menyifatkan pembelian buku tersebut hanya satu pembaziran dan lebih baik digunakan untuk membantu orang susah. Ada juga segelintir netizen mendakwa tindakan Vida itu seperti mahu menunjuk-nunjuk.



Terpulanglah pada DSV untuk menentukan yang mana baik dan buruk. Tidak salah jika dia mampu dan lagipun duitnya itu digunakan melabur pada anak-anak, cuma tidak perlulah sampai diketuhai umum. Cukuplah disimpan sebagai rahsia keluarga.

Di post IG seterusnya Datuk Seri Vida telah meletakkan caption,

Ciik B malu sy buat suprise kat dia..
Dia tak selesa ginni..
Dia suka low Profile..
.
.
Dia suka cara dia..
Ikut de je..
Tq kpd yg support Cik B.

x

No comments

Powered by Blogger.
a