Header Ads

'Dia Pemerhati Tak Bernyawa' - Individu Diganggu Jin, Ustaz Pesan '3 Perkara Misteri Tentang Anak Patung'



Kebanyakan antara kita pasti mustahil tidak mempunyai anak patung yang disimpan di dalam rumah. Tambahan lagi jika mempunyai anak kecil yang suka untuk membuat koleksi anak patung dan dijadikan perhiasan. Ada pula dijadikan sebagai 'teman tidur' untuk memeluk anak patung tersebut. Lagi hebat, saiz anak patung tersebut sebesar manusia dan ada yang lebih besar dari itu. Tapi, tahukah anda anak patung ini adalah 'pemerhati tak bernyawa' dalam diam?

Seorang ustaz bernama Zulaffendi Mohamad yang berkhidmat dalam perubatan Islam iaitu Rawatan Islam Al-Kaafi di Penang, berkongsi pengalaman merawat pesakit yang diganggu oleh 'sesuatu' di dalam sebuah rumah yang penghuninya adalah satu keluarga. Ustaz tersebut bukan sahaja diminta untuk 'pagar' rumah, tetapi scan kesemua anak-anak tuan rumah tersebut. Ikuti cerita penuh di bawah.




Anak selalu nampak benda bukan-bukan dalam rumah 

2 hari lepas kena settle satu kes. Pada mulanya tuan rumah suruh pagar rumah saja. Sebab katanya anak dia selalu nampak benda bukan2 dalam rumah, dan rasa seram bila masuk bilik dia.



Selesai bacaan yaasin, ada yang menangis

Jadi, kita pon mulakan dengan bacaan Yassin mubin di dalam rumah tersebut. Setelah selesai bacaan, sesi scan sorang2 anaknya pulak. Diringkaskan cerita, anaknya yg bongsu apabila diruqyah, rasa sedih dan menangis. Kemudian, saya mengajak dia pusing dalam kawasan rumah takut2 ada benda yg x sepatutnya ada dalam rumah.




Terjumpa patung POOH sebesar manusia dewasa




Bila masuk ke bilik ayahnya, terus dia meremang dan rasa mcm diperhatikan pada satu sudut. Saya pon percikkan air Yassin tetapi masih lagi rasa ada yg memerhatikan. Bila diperiksa sedetail mungkin, akhirnya saya menemui patung POOH yg sebesar saya. Aduhhh, macam kembaq dah rasanya. Jadi, saya suruh dia pegang patung tersebut, tetapi dia menolak. Takut katanya, rasa mcm patung tersebut dok perati.






Cacatkan patung tersebut & buang




Bila ke ruang tamu, ada lagi patung kembar mcm saya jugak. Betul2 mengejek ni. Hahaha...dan yg terakhir ada patung harimau. Saya sarankan untuk cacatkan patung tersebut dan buang. Sebab depa dok atas flat, susah untuk buat aktiviti pemusnahan patung tersebut.



Jangan simpan patung yg cukup sifat sebagai hiasan


Saya sebutkan pada pesakit, jangan simpan patung yg cukup sifat sebagai hiasan. Simptom yg ada pesakit jugak menunjukkan ada gangguan jin asyik. Kerap mimpi disetubuhi dan teringin masuk ke alam bunian katanya. Rasa tersebut membuak2 setiap hari pd masa yg sama takut bila masuk bilik ayah dia.


PESANAN :

*Jangan simpan patung yg cukup sifat di dalam rumah
*Jaga aurat ketika tidur, jangan terlalu terdedah. Sebab ada yg geram bila tengok kita seksi ketika tidur
*Jangan pasang lagu2 yg melalaikan di dalam rumah


Sumber : Facebook 


No comments

Powered by Blogger.
a