Header Ads

Eksiden Pertama Proton X70-Empat Beranak Terselamat.


SUV pertama dari keluaran Proton, X70 telah dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan apabila menjadi viral di media sosial. Memetik laporan MHETV, kemalangan tersebut dikatakan berlaku di Jalan Keretapi Lama di Kapar, Selangor menghala ke Kampung Tok Muda.

Gambar yang telah menjadi tular tersebut kelihatan kereta menjunam ke dalam parit dan remuk di bahagian sisi kanannya.Kesemua mangsa dilaporkan selamat dalam  kejadian pada 11 pagi 10 Januari 2019 dan dua mangsa iaitu pemandu wanita dan anaknya berusia 13 tahun cedera ringan.

Ketua Polis Klang Utara, Asiisten Komisioner Nuruhuda Mohd Salleh berkata, siasatan awal menerusi panggilan telefon daripada pemilik kenderaan SUV tersebut dipandu oleh isterisnya dan disertai tiga lagi anak mereka.

Katanya semasa kejadian, empat beranak tersebut dalam perjalanan ke Tok Muda dari Jalan Keretapi Lama.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan tersebut terbabas ke dalam parit.Pemandu kenderaan itu mengalami pendarahan di kelopak mata dan seorang anak lelaki berusia 13 tahun cedera di kaki,” katanya dalam kenyataan.




sumber: Utusan

No comments

Powered by Blogger.
a