(GAMBAR&VIDEO) Mangsa & Bangkai Kereta SUV Terhumban Berjaya Ditemukan : Keluarga Mahu Keadilan
Mayat masih sempurna di tempat duduk pemandu
Kenderaan itu berjaya dinaikkan bersama mayat mangsa, Muey Yun Peng, 20 tahun, yang masih berada di tempat duduk pemandu dan secara luarannya masih sempurna dengan memakai tali pinggang keledar walaupun kereta mangsa remuk teruk,
Antara faktor usaha naikkan kenderaan ambil masa yang lama
Usaha menaikkan kenderaan itu terpaksa mengambil masa lebih 24 jam selepas dijumpai pada tiang 34 Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 4 petang Isnin dan operasi SAR untuk menaikkan kenderaan itu bermula kira-kira pukul 7 pagi Selasa, namun terpaksa ditangguhkan pada sebelah petang akibat arus air laut yang deras selain faktor penglihatan penyelam pada paras sifar.
Percubaan kali pertama usaha naikkan keretas dari dasar laut gagal
Kenderaan itu berjaya dinaikkan pada percubaan kali kedua selepas percubaan kali pertama pada pukul 5 petang gagal akibat tali tercabut dari cangkuk.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T. Narenasagaran berkata, pengecaman identiti mangsa dibuat berdasarkan penemuan dompet mangsa yang masih berada di dalam poket seluarnya.
Mayat mangsa berjaya dikeluarkan dari kenderaan tersebut pada pukul 6.36 petang dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.
Keluarga mangsa terima apa yang berlaku
![]() |
Rakan-rakan mendiang Moey menunggu di luar Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya bagi proses bedah siasat Selasa malam. |
Keluarga Moey Yun Peng yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terhumban ke dalam laut, Ahad lepas, memohon pihak berkuasa menyiasat kejadian itu secara menyeluruh bagi memberi keadilan kepada mangsa.
Abang mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis, berkata keluarganya menerima apa yang berlaku terhadap adiknya, Moey, 20, sambil berharap orang ramai tidak menyebarkan spekulasi mengenai kejadian itu agar tidak mengganggu siasatan.
"Kami serahkan kepada polis untuk menyiasat punca kejadian dan memohon diberikan ruang dan masa untuk bertenang," katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya untuk menuntut mayat Moey, di sini Selasa malam.
Beliau berkata upacara pengebumian mendiang akan diadakan di Tanah Perkuburan Cina Berapit pada Khamis ini.
Sumber : Facebook , Astro awani , BERNAMA
Post a Comment