Header Ads

Gara-Gara 'Sorang Housemate' Pengotor, Habis 1 Rumah Jadi 'Sarang Ternak Lipas'



Serangga bernama lipas pasti ditakuti oleh ramai orang tak kira kanak-kanak ataupun dewasa. Kebanyakannya 'geli' dengan serangga itu sehingga membuatkan orang tak keruan dan menjerit bagaikan lihat jelmaan hantu.

Kebiasaannya, apabila terlalu banyak lipas di sesetengah kawasan itu berpunca daripada rumah kosong yang ditinggalkan, rumah yang tidak berpenghuni dan rumah yang 'kotor'.

Kejadian ngeri itu bermula sejak 2 bulan yang lalu apabila seorang lagi penghuni rumah dua tingkat yang terletak di Bandar Sunway di Petaling Jaya, mula tinggal di tingkat bawah rumah itu.



Tular di laman sosial apabila seorang ahli rumah,Micho Teh membuat luahan rasa di Facebook tentang salah seorang penghuninya yang boleh dikatakan pengotor. 

Gemar bersendiri dalam bilik

Micho Teh memberitahu bahawa penghuni berkenaan bukanlah rakan dia dan yang lain. Lebih teruk lagi, penghuni itu kebiasaanya lebih gemar makan bersendirian di biliknya.

"Dia berbau busuk dan rambutnya berminyak. Saya dan Nobu anggap dia memang ada masalah menguruskan kebersihan diri yang serius dan bilik tidurnya terlalu kotor. Tetapi, memandangkan kami merancang untuk berpindah keluar pada bulan ini...jadi kami biarkan saja".



Bukan sebab musim hujan

"Selepas 2 minggu , kami mendapati lipas semakin banyak di dalam rumah". Menurut Nobu, dia beranggapan kemunculan lipas-lipas itu adalah disebabkan musim hujan sejak kebelakangan ini selain serangga itu berada di dapur tingkat bawah.

Katanya lagi, ada suatu ketika banyak lipas keluar dari tingkat atas rumah dua tingkat itu, sehingga dia berdepan situasi mengerikan lipas terbang sewaktu keluar dari biliknya.



Tidak pulang ke rumah 

Penghuni bilik yang disyaki menyebabkan terjadinya sarang lipas bertindak keluar dari group whatsapp dan tidak pulang ke rumah tersebut. Lantas, mereka sesama ahli rumah yang ada memberanikan diri untuk terjah ke dalam bilik penghuni itu untuk melihat keadaa bilik yang sudah bertukar kepada tempat sarang pembiakan lipas.

"Dia rupanya punca". Kata ahli rumah selepas melihat keadaan bilik mengerikan itu dengan keadaan tak terurus dan seakan-akan tempat pelupusan sampah-sarap, sekaligus menjadi sarang pembiakan lipas.





Tidak bernasib baik

Nobu memberitahu kehidupan sewa- menyewa adalah bergantung pada semua ahli penghuninya. Dia menganggap dia tidak bernasib baik kerana berhadapan situasi seperti itu.

Ahli rumah lain terpaksa menumpang rakan

Lebih teruk lagi, disebabkan banyak lipas merata di dalam rumah, ada antara ahli rumah yang ingin menutup setiap ruang kosong sehingga tiada ruang untuk lipas itu masuk ke dalam biliknya. Ada seorang lagi ahli rumah terpaksa tinggal dirumah rakannya buat sementara waktu.


Selepas kerja pembersihan dijalankan oleh ahli rumah tanpa penghuni si pencetus sarang lipas.


Penghuni yang dipercayai mencetuskan 'sarang lipas' telah membuat permohonan maaf di halaman Facebooknya.

Penghuni bilik mengerikan tampil minta maaf

"Saya minta maaf. Sebab saya tidak memberi respon pada posting berkenaan segera kerana sedang memperbaiki apa yang sudah berlaku. Saya tidak mahu jadi keyboard warrior, memulakan perang online.

"Saya tahu silap saya dari awal lagi. Dan mengakui kesilapan saya. Saya mohon maaf di atas apa yang telah berlaku" kata Isabelle.

Isabelle juga sudah menyelesaikan isu bilik itu kepada tuan rumah dan dia kesal dengan apa yang berlaku dan harapkan semuanya berakhir di situ saja.

Sumber : Facebook




















No comments

Powered by Blogger.
a