Header Ads

Guna Alasan Bateri Kereta Habis, Ini Taktik Penipu Dua Pasangan 'Pow' RM200 Di Sebuah Stesen Minyak Shah Alam



Kes penipuan terang-terang oleh si pelaku di sebuah stesen minyak di Petronas Setia Alam telah tular baru-baru ini. Difahamkan sebelum ini juga, dua suspek ini sudah tular di laman sosial menipu orang ramai di tempat itu dengan memberi alasan mereka dalam masalah. Tetapi, sebenarnya itu hanyalah trick mereka sahaja.




Menurut pengalaman pengguna Twitter ini, suaminya dah ‘terkena’ dua kali sebelum ini. Muka yang sama alasan yang sama dan agenda yang sama.
Kalau nak kata masih tersekat tak logik lah, sebab kali pertama suami dia kena tahun lepas. Takkan lah berkampung kat Petronas tu kot.
Husband hampir tertipu lagi







"Dia daripada kuala selangor, nak balik kuala selangor tapi batteri kereta habis…mintak rm200 nak tukar batteri kereta”




Nasib baiklah suami dia tak bagi RM 200 bulat-bulat dekat dia, kalau tak sia-sia je kena tipu. Itu cerita tahun lepas, tahun ni pun dia gunakan cara yang sama.
Memandangkan mereka berdua ni dah terkena perkara yang sama, memang satu sen pun dia tak bagi. Tulah banyak sangat menipu orang, sampai lupa siapa yang dia dah tipu tu.

Dia ikut je dari belakang



Ada pelanggan pernah terbagi RM400!




Alahai! Sebenarnya cerita mereka ni dah viral, tapi mereka ni macam tak makan saman. Nadira Azwa pernah terkena dengan mereka, siap sound setepek tapi…


"Aku terus je cakap, eh kes kau ni macam da viral la. Terus dia pergi tanpa bersalah weh"






Dikurniakan sihat tubuh badan tapi nak cari duit dengan cara jalan pintas, apa lah dapat kalau nak menganiaya orang. Sesiapa yang tinggal kawan Setia Alam atau mereka yang ada singgah di tempat ini nanti mohon hati-hati lah.
Sumber : Twitter 

No comments

Powered by Blogger.
a