Header Ads

'Hapus Tabiat Gigit Belakang Kasut Baru Tu!' - Ketahui 6 Teknik Mudah Elak Kaki Melecet


Kasut dah cantik, bertumit tinggi (untuk perempuan), kasut favorite pula tu tapi fikir seribu kali setiap kali nak pakai sebab takut melecet lepas pakai! Sakit!





Memakai kasut baru tidak kira sama ada bertumit tinggi atau kasut flat adalah antara pengalaman yang paling menyakitkan. Hal ini kerana, kebanyakan kasut baru yang dibeli pasti keras atau mempunyai material yang tidak berapa lembut atau comfit sehingga boleh membuatkan kaki anda melecet di bahagian atas tumit.

Pernah dengar petua 'gigit kasut baru tu kalau taknak kaki melecet' ? Ha dah boleh lah simpan petua tu dalam peti. Mari praktik kan 6 teknik di bawah dalam kehidupan anda.


1. Lekatkan Plasters 




Cara ini anda mungkin nampak biasa dibuat untuk masalah ini, tetapi ianya sangat berkesan. Tampal plaster tersebut pada bahagian yang selalu terkena melecet, lebih-lebih lagi belakang tumit kaki anda. Tips ini sangat membantu bagi wanita yang ingin memakai kasut tumit tinggi.




2. Taburkan Bedak Bayi Dalam Kasut





Dengan meletakkan bedak, gesekan antara kaki dan kasut akan berkurangan kerana ada permukaan lembut yang mengurangkan potensi darpada kaki melecet. Teknik ini berkesan jika anda tidak memakai stokin. Tapi ingat, kaki mesti dalam keadaan kering.



3. Sapu Deadorant Di Kaki





Deodorant kita tahu berfungsi untuk digunakan di ketiak, tetapi tak ramai orang tahu ianya boleh digunakan di kaki juga untuk elakkan daripada kaki anda melecet. Pastikan pilih deodorant roll-on supaya bahagian yang kerap melecet itu menjadi licin, tidak kasar. Jangan pakai deodorant spray!



4. Beg plastik dan air





Isi air dalam plastik, kemudian  masukkan plastik berisi air tadi ke dalam bahagian jari dalam kasut tersebut, kemudian masukkan kasut itu ke dalam peti ais di bahagian beku semalaman. Apabila air di dalam plastik itu membeku, plastik itu akan turut mengembang dan melonggarkan kasut tersebut. Selepas itu, anda akan dapat rasakan kasut anda menjadi lebih besar sedikit.



5. Tampal Tape Pada Jari Kaki Ketiga & Keempat





Cuba dulu baru tahu keberkesanannya...Memang menjadi!



6. Pakai Stokin Tebal




Cara keenam ini bagi tujuan melonggarkan kasut anda yang anda rasa ketat sampai boleh melecet. Sarungkan sepasang stokin tebal dan pakai kasut anda. Kemudian ambil pengering rambut dan halakan pada kasut anda yang anda rasa ketat sehingga anda rasa sedikit baik dari sebelumnya. Seterusnya, teruskan berjalan sedikit, dan pakai sehingga anda rasa kasut tadi sudah betul-betul sejuk / tiada haba pengering rambut tadi. Ulangi prosedur jika diperlukan. Kasut akan mengembang disebabkan haba, dan akan menjadi lebih fleksibel dan lembut. Teknik ini berkesan pada kasut yang diperbuat daripada bahan semulajdi seperti kulit.


Kongsi tips mudah ini pada rakan dan ahli keluarga anda. Selamat mencuba!


Sumber : brightside

No comments

Powered by Blogger.
a