Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara tersebut bertentangan dengan hukum syarak ekoran ia seringkali di jadikan alat bagi menyebarkan penipuan sama ada dalam bentuk mesej bertulis, gambar atau video.
“Hukum asal menggunakannya adalah harus jika tujuan dan kaedah penggunaannya tidak melanggar mana-mana hukum syarak.
“Bagaimanapun, jika ia digunakan dengan tujuan dan kaedah yang bertentangan dengan hukum syarak seperti menjadikannya sebagai alat menyebarkan pendustaan, permusuhan dan perbalahan sesama manusia apatah lagi sesama muslim, maka hukumnya jatuh haram,” katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebentar tadi.
Selain itu, beliau berkata, masyarakat tidak seharusnya memandang remeh perkara tersebut malah perlu berhati-hati dan bersikap lebih bertanggungjawab terhadap apa yang dikongsi dalam media sosial.
“Biarpun ia bukan percakapan lidah, tapi tangan yang menulis, mengongsi dan menyebarkan, namun yakinlah bahawa ia sendiri kelak akan menjadi saksi atas apa yang diperbuat.
“Kami menyeru seluruh komuniti netizen, agar bertaqwalah kepada Allah S.W.T. Jangan dilupa bahawa setiap gerak geri kita ada saksi yang sedang memerhatikan,” ujarnya.
Sementara itu, Zulkifli menambah, perkara tersebut dibolehkan sekiranya ia dilakukan tanpa menjatuhkan maruah seseorang dan lebih bersifat kepada teguran secara berhemah. 

Sumber : kosmo