Header Ads

Hari Kahwin Bertukar Tragedi, 'Catering' Penipu Buat Kek Guna Gabus Polisterin & Tak Hidang Makanan Untuk Tetamu



Tragedi menimpa pasangan pengantin di hari bahagia apabila katerer telah menipu kerana tidak menyediakan makanan dan buat kek perkahwinan palsu pada majlis berlangsung. Hal ini kerana, selepas pengantin tersebut memotong kek perkahwinan dua tingkat itu, didapati separuh daripada kek tersebut adalah diperbuat daripada gabus polisterin plastik.






Shine Tamayi, 26 tahun dan suaminya, Jhon Chen, 40 tahun telah membayar hampir RM12,000 dengan perancang perkahwinan mereka untuk makanan dan hiasan pada majlis perkahwinannya yang berlangsung di Pasig City, Filipina.

Sebaik sahaja menghadiri majlis di gereja, kedua pasangan pengantin ini mendapati bahawa bukan tiada satu pun makanan tersedia untuk para tetamu.


Pengantin baru itu terpaksa pergi ke kedai di tepi jalan untuk membeli makanan lain untuk dibawa ke majlis risepsi mereka yang diadakan di hotel.

Pengantin perempuan itu berasa sangat tidak selesa untuk menyajikan makanan berminyak 'jalanan' dan buah kepada tetamunya. 





Kejadian menyedihkan itu tidak terhenti setakat itu, ada yang lebih teruk lagi, apabila dia memotong kek perkahwinan itu dan mendapati kek dua tingkat itu separuhnya adalah diperbuat daripada gabus dengan diselaputi gula aising.





Malu, marah, sedih dan kecewa, perasaan pengantin bercampur-baur dengan perkahwinan idaman yang dimpikan bertukar tragedi.

Perkara tersebut kemudian dibawa kepada pihak polis untuk menyiasat perancang perkahwinan yang bertanggungjawab diatas kekecohan itu.

“Perempuan yang saya bayar untuk makanan dan segala persiapan telah merosakkan perkahwinan saya.  Dia penipu! Dia sentiasa meminta saya duit dan saya akan selalu memberinya kerana percaya dia akan menjadikan perkahwinan impian saya realiti.”

“Saya takkan terima permohonan maaf daripada dia.  Minta maaf tak cukup.  Dia perlu dipenjarakan kerana merosakkan majlis itu.”
“Saya tak pernah rasa dimalukan seperti ini sepanjang hidup.  Ini sepatutya menjadi pengalaman yang terindah, namun ia adalah sebaliknya.”


Sumber : Dailymail

No comments

Powered by Blogger.
a