Header Ads

Isu Sajat : JAKIM Dihalang Oleh 'Kuasa Duit' & 'Civil Law' - Da'i Wan



Usahawan kosmetik, dikenali sebagai Nur Sajat telah mencetuskan pelbagai kontroversi di laman sosial lebih-lebih lagi terus menerus menafikan jantina sebenarnya. Banyak pihak menyatakan yang Sajat adalah seorang lelaki tetapi sehingga kini dia mengakui dirinya adalah perempuan.

Sajat turut memperkenalkan teman lelakinya dengan penggunaan nama di Intagram sebagai Coach Yin. Teman lelakinya juga sering memuat naik gambar bersama Sajat dan mengungkapkan kata cinta pada Instagram miliknya. Baru-baru ini Coach Yin memuat naik gambar bersama Sajat. Apa yang menjadi perhatian Netizen adalah apabila Sajat dilihat membalas ucapan cinta Coach Yin dan berharap agar mereka segera naik pelamin.







Isu ini berbangkit kerana Netizen begitu inginkan pihak berkuasa dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk melakukan sesuatu agar kebenaran dibuktikan berkenaan jantina usahawan kosmetik itu dan mengharapkan perkara mustahil alam perkahwinan ini tidak terjadi kepada dua lelaki itu.


Komen ini mencetuskan kontroversi kepada Netizen yang sememangnya lantang bersuara mengenai usahawan kosmetik ini. Turut bersuara tentang isu ini iaitu Da'i Wan Dazrin tentang isu Sajat akan berkahwin dengan Coach Yin.


Da'i Wan membalas Tweet seorang pengguna Twitter. 


Ramai membanting tulang berkenaan isu Sajat 







Bukan JAKIM terima rasuah




Rata-rata Netizen mengecam Sajat dan Coach Yin serta mahukan tindakan segera dari pihak berkuasa melalui balas Tweet bersama Da'i Wan.

Apa-apa pun, kita sesama masyarakat terus berdoa semoga perkara ini dapat diselesaikan cara baik dan penuh telus serta yang berkenaan sekiranya betul dia bersalah, dia cepat sedar dan bertaubat ke jalan yang benar.


Sumber : Da'i Wan, Roti Kaya  

No comments

Powered by Blogger.
a