Header Ads

Kalau nak lulus, bagi saya duit RM500 atau 'repeat paper' - Pensyarah Kolej Swasta Ugut Pelajar




Tular di laman sosial tentang dakwaan dari seorang pengguna Twitter tentang beberapa orang pelajar yang menjadi mangsa ugut oleh seorang pensyarah di sebuah kolej iaitu Kolej Universiti Poly-Tech Mara (KUPTM) berkaitan duit.

Apabila isu ini menjadi viral, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KUPTM tersebut merasakan mereka seolah-olah tidak prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh pelajar kolej swasta berkenaan.

MPP juga mengatakan yang tiada istilah sengaja mengabaikan aduan mangsa peras ugut oleh pensyarah tersebut.

Yang Dipertua MPP KUPTM iaitu Muhammad Jazlie Jabarudi berkata, pihaknya menafikan tuduhan bahawa isu tersebut telah dibawa kepada pihak pengurusan dan MPP.

MPP tidak pernah terima aduan secara lisan 

Dia juga membuat pengakuan bahawa sepanjang sesi 2018/2019 pihak MPP tidak pernah menerima sebarang aduan secara lisan atau bertulis mengenai isu ini.

Menurut laporan mstar, YDP MPP tersebut berharap semua pihak bersikap adil dalam menilai isu yang ditularkan. Tuduhan seakan-akan MPP mengabaikan kebajikan pelajar adalah tidak berasas dan boleh memberi kesan terhadap imej organisasi dan institusi.

Seluruh MPP KUPTM berasa kesal terhadap tindakan pensyarah yang didakwa telah meminta wang daripada pelajarnya.

Isu berjaya diselesaikan selepas ianya tular di laman sosial

Apa yang mengejutkan adalah tindakan pantas phak pengurusan berjaya menyelesaikan isu berkenaan adalah dalam tempoh 24 aduan diterima, selepas kes ini tular di laman sosial.

Pensyarah hantar surat letak jawatan

Pensyarah yang didakwa mengugut pelajar telahpun menghantar surat perletakan jawatan serta-merta sebaik kes berkenaan dipanjangkan kepada pihak pengurusan.



Pensyarah wanita ugut pelajar



Pensyarah ini telah meminjam beberapa kali wang daripada pelajar dan liat untuk membayarnya semula.

Pengguna Twitter tersebut yang juga bekas pelajar KUPTM mendakwa lebih 10 mahasiswa diugut untuk memberikan wang sehingga ada yang mencecah RM500 dengan alasan pihak hal ehwal pelajar (HEP) yang meminta wang tersebut dariapadanya.

Sumber : mstar, Twitter











No comments

Powered by Blogger.
a