Header Ads

"Kalau nak marah, mesti tak jadi sebab tak tahu nak cakap apa" - Hairul Azreen kongsi rahsia bagaimana Yusuf boleh fasih 'speaking English' berbanding dirinya



Pelakon Hairul Azreen berkongsi anaknya, Yusuf Iskandar yang kini berusia dua tahun tujuh bulan lebih fasih bertutur dalam bahasa Inggeris berbanding dirinya.

Yusuf sangat petah bertutur dalam bahasa Inggeris sehingga si comel itu mempunyai pengikut yang ramai di laman Instagram miliknya di bawah kawalan Hairul dan Hanis.
Hairul, 31, atau nama sebenarnya Hairul Azreen Idris berkata, isterinya yang juga pelakon Hanis Zalikha banyak memainkan peranan dalam pembelajaran anaknya itu.
“Yusuf tak bersekolah lagi. Lagi pula masih terlalu awal nak hantar dia ke sekolah. Malah, saya dan isteri pun belum terfikir dan bincang perkara ini.


Isteri banyak ajar membaca


“Cuma, di rumah isteri yang banyak ajar dia membaca. Isteri akan bercerita dan bertanya kepada Yusuf. Bahan bacaan pula lebih kepada bahasa Inggeris. Disebabkan itu, Yusuf pandai cakap bahasa Inggeris berbanding saya.


Nak marah tak jadi 


“Kadang kalau nak bercakap atau marah padanya, mesti tak jadi. Sebab tak tahu nak cakap apa. Jadi, saya minta isteri yang sampaikan. Tetapi, kalau saya berborak dengannya dalam bahasa Melayu, dia faham. Kemudian, dia balas dalam bahasa Inggeris,” katanya.


Dalam masa sama, Hairul berkongsi isterinya yang kini anak kedua dengan usia kandungan mencecah empat bulan dijangka bersalin pada Mei ini.
“Buat masa sekarang, saya risau jika jadual penggambaran filem bertembung dengan tarikh jangkaan bersalin isteri. Kalau boleh saya nak ada di sisi isteri sama macam Yusuf dulu. Jadi, saya berharap perkara ini tak berlaku.
“Soal jantina anak, kami belum tahu lagi. Kalau boleh, nak tahu ketika bersalin nanti. Macam isteri, dia nak anak perempuan. Saya pula tak kisah. Asalkan anak yang bakal lahir sihat dan sempurna,” katanya.

Sumber : hmetro

No comments

Powered by Blogger.
a