Header Ads

Kanak-kanak dicampak dari tingkat tiga pusat beli belah

Seorang kanak-kanak yang baru keluar dari tandas telah diserang oleh seorang lelaki yang berumur 36 tahun. Kanak-kanak tersebut telah dicampak ke bawah selepas diserang oleh lelaki berkenaan dari tingkat tiga.




Kejadian berlaku pada hari Sabtu lepas di bandar Foshan, wilayah Guangdong, China.

Menurut siasatan, suspek mengalami tekanan berkaitan masalah kewangan lantas bertindak sebegitu kepada mangsa.




Mangsa mengalami cedera di kepala dan punggungnya tetapi keadaan kanak-kanak itu masih stabil.

Kejadian berkenaan dirakam oleh kamera pengawasan di pusat beli belah dan dimuat naik ke laman web berita China Thepaper.cn.

Rakaman juga menunjukkan ketika kanak-kanak itu dicampak, kemudian suspek juga ikut melompat ke bawah.

Menurut laporan juga, suspek tidak mempunyai kaitan langsung dengan kanak-kanak itu sehingga menjadi mangsanya untuk  melepaskan tekanan.

Orang ramai berkumpul di sekitar lelaki dan kanak-kanak itu ketika mereka sudah berada di lantai sebelum polis dan pihak kecemasan lain datang untuk membantu mereka.

Lelaki berkenaan ditahan kerana disyaki membunuh diri disengajakan dan siasatan dilakukan oleh pihak polis.

Sumber : South China Morning Post 

No comments

Powered by Blogger.
a