Header Ads

"Kedai kami buka je setiap hari, tapi kalau anda nampak kedai kami tutup, sebenarnya ada yang aniaya kami ......." - Kedai Burger Terkenal Kena Sihir Oleh Individu Lain


Perbuatan sihir dan ada niat tidak baik ingin menutup periuk nasi orang sangat sinonim dengan perniagaan sesama orang melayu. Punya rasa iri hati atau tidak puas hati atau apa saja niat tidak baik akan memberi kesan kepada perniagaan yang boleh dikatakan lebih laris dari kedai lain.

Baru-baru ni, sebuah kedai burger terkenal di Perlis iaitu anaburger dcafe telah memuat naik gambar komen dari para pelanggan yang ingin ke kedai burger mereka. Malangnya, pelanggan tersebut nampak pada zahir mata kasar bahawa kedai mereka tutup. 

Sedangkan pada hakikatnya, kedai mereka buka pada setiap hari. Lalu, pemilik kedai kenal pasti punca sebenar para pelanggan tidak dapat melihat kedainya buka atas sebab perniagaan mereka telah disihir. Lebih menakutkan, teknik sihir ni guna telekung yang dah lusuh.

“Bangsa sendiri yang nak tindas bangsa sendiri, bagus ke?” 




Menurut perkongsian Ana Burger di Instagram, sejak akhir-akhir ni mereka sering dapat komen daripada pelanggan yang mengatakan kedai mereka asyik nampak tutup saja walaupun sebenarnya kedai tersebut dibuka pada setiap hari kecuali hari Rabu. 


Nampak kedai tutup, tetapi hakikatnya....




Bagi yang tak tahu, rupa-rupanya kedai Ana Burger terkena sihir buatan orang. Kalau nampak kedai tutup mereka syorkan korang masuk je sebab…




“Nak buat khianat pun janganlah guna telekung”




Jumpa kain telekung sebelum ini di kiri kedai, kali ini jumpa kain tudung diletakkan sebelah kanan kedai


Rupanya bukan sekali Ana Burger kena perkara macam ni. Dari bulan lepas lagi mereka dah kena ganggu dan yang terbaru si pelaku letakkan kain tudung pulak di bahagian kanan kedai.
“Manusia tak boleh tengok kedai orang lebih sikit, ada je benda dia nak tabur kat depan kedai” 
Rata-rata netizen bersimpati dengan apa yang menimpa kedai burger ini. Kebanyakannya memberi kata semangat dan ada juga yang syorkan beberapa cara untuk pulihkan kedai tersebut dari sihir..



Sumber : Instagram 

No comments

Powered by Blogger.
a