Header Ads

Biodata Al-Sultan Abdullah, Tunku Azizah & Tengku Panglima Besar Pahang, Putera Kepada Yang Di-Pertuan Agong


Pada awal Januari lalu, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang keenam dalam era moden bagi menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ahmad Shah.
Ketika Sultan Ahmad Shah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ketujuh pada 26 April 1979 hingga 25 April 1984, baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang.
Baginda sekali lagi dilantik sebagai Pemangku Raja Pahang pada 28 Disember 2016.
Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah akan dimasyhurkan sebagai Tengku Ampuan Pahang pada istiadat khas 29 Januari ini di Istana Abu Bakar, Pekan.
Manakala putera sulung Sutan Pahang, Tengku Panglima Besar, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah pula akan dimasyhurkan sebagai Tengku Mahkota Pahang.
Permasyhuran itu akan diadakan selepas mendapat perkenan, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah selepas baginda mempengerusikan mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang di Pekan, sebentar tadi.
Tengku Hassanal diputerakan pada 17 September 1995 di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Beliau kini sedang mengikuti latihan ketenteraan di Akademi Ketenteraan Diraja di Sandhurst, United Kingdom.
Tengku Hassanal dijadualkan pulang ke Malaysia 28 Januari ini untuk istiadat pemasyhurannya sebagai Tengku Mahkota Pahang yang baharu.
Tengku Hassanal adalah anakanda kedua dan putera sulung Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.




Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dilantik sebagai Sultan Pahang keenam.



Biodata Sultan Pahang Ke-6




Biodata Tengku Ampuan Pahang




Dilahirkan di Istana Stulang, Johor Bahru
Puteri ketiga kepada pasangan Sultan Johor, Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Ismail bersama isterinya Enche’ Besar Hajah Kalsom Abdullah
Kakanda lelakinya kini ialah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj
Berkahwin dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Dikurniakan empat orang putera dan lima orang puteri iaitu Tengku Amir Nasser; Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah; Tengku Puteri Ilyana; Tengku Puteri Iman Afzan; Tengku Puteri Ilisha Ameera; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah
Pendidikan awalnya di Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru dan meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru.
Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Negeri Pahang
Pengakap Puteri Sedunia serta merupakan Naib Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Pengerusi PERTAP
Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Pahang(WI)
Pengasas atau Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertaliti Tunku Azizah (TAFF)
Pemegang Amanah Yayasan Istana Abdulaziz (YIA)
Penaung Diraja AP di Hong Kong
Biodata Panglima Besar Pahang

Sumber : BERNAMA , sinar

No comments

Powered by Blogger.
a