Header Ads

LAGI! Kes Hina Agong, Doktor Klinik Mediviron Letak Jawatan & Staf TNB Digantung Kerja

Semalam, berkaitan isu penghinaan ke atas bekas Yang Di Pertuan Agong iaitu Sultan Muhammad V, menjadi kes pertama seorang kakitangan Cisco ASEAN bernama Eric Liew telah dikenakan tindakan hingga hilang pekerjaan kerana mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Muhammad V berhubung perletakan jawatan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong. Namun, kes ini tidak terhenti di sini.



Kes Kedua, Pasangan Suami Isteri Menghina Agong

Kemudian, diikuti dengan pasangan suami isteri dimana salah seorangnya adalah staf Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat perhatian netizen kerana meninggalkan komen menghina Baginda Sultan Kelantan yang meletak jawatan sebagai Agong.


Komen penghinaan yang dibuat oleh sepasang suami isteri




Netizen berang dengan tindakan biadap sepasang suami isteri ini lalu mendedahkan beberapa butiran peribadi pasangan suami isteri tersebut dan membuat aduan pada pihak TNB.
Tambah lagi, ada yang mengatakan pasangan suami isteri ini ada kaitan dengan pemimpin peringkat tempatan dalam sebuah parti politik.
Lantas, TNB ambil maklum dan mengenakan tindakan ke atas kelakuan stafnya yang dipercayai tidak menghormati baginda sultan dan sedang menjalankan siasatan terhadap pekerjanya.




Ambil perhatian serius terhadap stafnya & mohon maaf





Kes Ketiga, Doktor Klinik Mediviron Menghina Agong

Terbaru, menurut laporan Utusan,  terkini setelah satu demi satu kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong tular dalam media sosial, kini seorang doktor pula yang berkhidmat di Klinik Mediviron cawangan Kajang dilaporkan telah meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.









Komen berbaur penghinaan ke atas Agong


Ini berikutan Dr. M. Rupesh didakwa telah mengeluarkan komen seolah-olah menghina Sultan Muhammad V dalam laman Facebook beliau, baru-baru ini.




Akaun Facebook kena hack?

"Minta maaf, akaun saya kena hack. Saya baru dapat tahu. Saya minta beribu-ribu maaf". Kata Doktor tersebut namun semua ini telah mencetuskan ketidakpuas hati pada banyak pihak dan Netizen sempat untuk screenshot komen biadap itu.



Bertindak atas kapasiti peribadi

Jelas kenyataan itu, komen Dr. Rupesh dilakukan atas kapasiti peribadi beliau dan tidak mencerminkan apa juga pendapat dan penilaian kakitangan serta pengurusan Klinik Mediviron.
“Nilai-nilai yang kami tanamkan selama 33 tahun dalam memberikan perkhidmatan terbaik oleh doktor dan jururawat kami meliputi pelbagai kaum dan masyarakat di negara ini. Malah, sebagai rakyat Malaysia, kami sentiasa berlandaskan kepada prinsip Rukun Negara.
“Dr. Rupesh telah memohon maaf atas komen yang dibuat dalam akuan Facebook beliau sendiri dan beliau juga bersetuju untuk bertanggungjawab sepenuhnya.




Letak jawatan sebagai Doktor serta-merta



Kumpulan Klinik Mediviron dalam satu kenyataan menjelaskan pihak pengurusan klinik itu berasa kecewa dengan komen yang dibuat oleh Dr. Rupesh yang disifatkan berkemungkinan mengguris perasaan dan sensitiviti warganet.
“Beliau telah melepaskan jawatannya sebagai doktor di Klinik Mediviron Jalan Raja Harun, Kajang dengan serta-merta,” jelas Kumpulan Klinik Mediviron dalam satu kenyataan yang dimuat naik dalam laman Facebook klinik itu hari ini.


Laman Facebook diserang netizen

Akibat marah dengan tindakan Dr. Rupesh, rata-rata warganet menyerang laman Facebook Klinik Mediviron dengan mendesak tindakan tegas diambil terhadap doktor terbabit.




No comments

Powered by Blogger.
a