Header Ads

"Memalukan, 'famous' sebab jadi pondan!" - Isu 'Transgender' Safiey Ilyas mencemarkan imej Malaysia sebagai negara Islam






Selain Sajat yang terus mencetuskan kontroversi tentang isu jantina beliau, ada seorang lagi lelaki yang berperwatakan wanita iaitu Safiey Ilyas. Baru-baru ini, Mufti Wilayah Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ingin bertemu dengan Safiey apabila dia memuat naik gambar berbikini pada hujung tahun lepas tapi ditolak oleh Safiey yang enggan bertemu mufti tersebut. Bagaimanapun Safiey menolak pertemuan terbabit kerana sudah serik untuk bertemu para pendakwah lagi kerana bimbang masyarakat terlalu berharap dirinya akan berubah dalam sekelip mata.

Kali ini, netizen bersuara apabila artikel tentang Safiey Ilyas telah tersebar dan mendapat liputan media antarabangsa iaitu UK Daily mail. 




Safiey turut berkongsikan keratan akhbar tersebut menerusi Instagramnya berserta kepsyen yang mengundang kecaman.

“Wah syinta masuk UK daily mail ke??? Adakah syinta setaraf Madonna ? Ok gurau-gurau manja sayang,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen mengecamnya kerana telah memburukkan nama Islam. Kata netizen lagi, disebabkan dia enggan berjumpa dengan Mufti, seluruh dunia melaporkan perkara buruk tentang pendakwah Malaysia.
Kata netizen lagi, tidak ada apa yang perlu dibanggakan jika namanya menjadi perhatian dunia hanya kerana lelaki Islam menjadi perempuan dan bukan sebab perkara yang baik-baik.
Netizen menyatakan bahawa dia sepatutnya membawa nama Malaysia yang sememangnya negara Islam dengan sesuatu pembawakan yang baik, tetapi yang tersebar isu tentang isu transgender.



Sumber : Safiey Ilyas 

No comments

Powered by Blogger.
a