Header Ads

"Nasi lemak masakan terakhir mak, kami bahagi sorang sikit adik-beradik" - Luahan sayu anak yang buatkan Netizen tersentuh hati



Masakan ibu pasti tiada tandingannya. Itu lah kenangan yang paling akan diingati sepanjang hayat selepas perginya ibu buat selama-lamanya selain daripada kenangan yang lain. Sejauh mana pun kita pergi, semahal mana pun makanan kita makan, pasti masakan ibu tetap no. 1 di hati.

Lebih menyayat hati apabila perkongsian cerita daripada Abdul Rahman terhadap arwah ibunya yang tular di laman sosial Facebook sehingga mendapat lebih 3.3 ribu share tentang kehilangan ibu tercinta hanya sekelip mata pengsan secara tiba-tiba.

Lebih meruntun hati, ibunya sempat memasakkan juadah terakhir nasi lemak buat mereka anak beranak sebelum pergi menemui pencipta buat selama-lamanya. 

Siapa sangka, anak-anak yang pulang ke kampung halaman dari kejauhan untuk melihat jasad ibu buat kali terakhir, masih boleh menjamah air tangannya. Si ibu seakan mengerti, masakan terakhirnya ini disiapkan untuk dijamah anak-anak yang ‘pulang’ nanti.


Pagi terakhir sebelum mak pergi menemui penciptanya

Mak dah masak nasi lemak dengan sambal telur.. dalam pkul 11 dapat panggilan yang mak dah tak der.. so aku pon balik lah ke bp dari kl.. smpai bp dalam pkol 1 lebih gitu lah.. time tu jenazah kat hospital bp.. untuk di mandi dan di kapan kan..
Petang dalam pukul 3 jenazah mak di bawak ke rumah untuk di lihat buat kali terakhir.. time bukak ikatan kain kafan aku nampak yang dalam bungkusan tu adalah mak aku.. aku tak dapat nak tahan air mata yang tersangat lah sedih…
Lepas tu sembayang kan kat surau dan di kebumi kan.. setel semua sebelum maghrib macam tulah.. kat rumah mak rasa lapar pulak.. bukak tudung saji ada nasi lemak dengan sambal telur.. aku tahu ni masakan terakhir mak.. aku cedok dan bahagi sorang sikit adik-beradik..


Suapan pertama tu.. ya allah.. aku rasa lain sangat masakan tu.. aku makan sambil menangis.. tapi aku abis kan jugak nasi lemak tu.. sebab tu masakan terakhir mak.. dan aku tak kan dapat rasanya lagi.. setahun sudah berlalu.. kenangan bersama mak hidup dalam ingatan..
Mak jujur aku rindu, mak halalkan makan minum aku.. mak ampun kan dosa aku kat mak.. mak terima kasih besar kan aku.. mak terima kasih lahir kan aku..
Berbaktilah kepada kedua ibu bapa selagi mereka masih ada. Al-fatihah allahyarham ibunya, Sariah Binti Fatah, moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin!

Sumber : Facebook

No comments

Powered by Blogger.
a