Header Ads

“ODEN FamilyMart Halal Ke Tak?", Carian Di Portal Rasmi Halal Malaysia Dapati Syarikat Tiada Sijil Halal




Pantang ada makanan viral, mesti nak cuba!  Rakyat Malaysia seakan-akan sudah 'terbiasa' dengan fenomena makanan viral di laman sosial, pasti mereka rasakan wajib untuk dicuba. 

Family Mart menjadi satu premis makanan gilaan masyarakat bermula tahun 2018 hingga kini. Banyak juga pusat beli belah dan tempat-tempat lain yang sudah mempunyai premis makanan francais ini seperti di kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Memang jarang sekali untuk lihat Family Mart ini tiada pelanggan, memang sentiasa ramai orang!


Oden yang digilai ramai


Boleh dikatakan rakyat Malaysia ni memang gila sangat dengan barang atau pun makanan dari Korea. Buka saja kedai makan Korea kat mana-mana pun, pasti penuh diserbu orang. Selain daripada restoran, dah jadi trend di Malaysia sekarang bila mana speedmart dari Korea pula dapat sambutan hangat disini.


Mesti pelik kan kenapa Family Mart tu sentiasa penuh dengan orang.
Ini makanan Korea yang digilai masyarakat 'viral'

Selain yang memang suka kan makanan Korea yang boleh didapati di Malaysia ini, ada sesetengah pihak yang mempertikaikan samada makanan ini halal atau tidak bagi orang Islam ?




Premis Family Mart bukan pemegang Sijil Halal




Carian status halal


Menurut laporan laman web REMAJA, Dalam makluman terkininya, fb Sahabat Halal ini menulis, premis Family Mart bukan pemegang Sijil Halal. Maka status halal makanan-makanan yang dikira kritikal dari aspek syarak yang dijual di dalamnya terutama yang jenis masak di premis tidak diketahui status halalnya kerana tiada semakan dan pengesahan dari pihak berkuatkuasa.
Nak tahu premis yang ada sijil halal, lakukan carian di www.halal.gov.my
Terima kasih dan semoga dijauhkan kita semua dari perkara yang SYUBHAH dan HARAM.
Carian mendapati status syarikat tiada dalam Portal Rasmi Halal Malaysia


Jadi, oden nie halal ke tidak ?
Untuk membuktikan hal ini, REMAJA memasuki portal rasmi Halal Malaysia dan carian ketika menulis nama FAMILY MART mendapati status permohonan syarikat berkaitan premis ini TIADA.
Owh, jadi oden nie halal ke tidak ya? Ramai dah makankan sebab ramai yang kata rasanya betul-betul sedap!


Imam Muda Asyraf
Sebelum korang terus panik dan bertanya status sesuatu makanan itu bagaimana, REMAJA menghubungi Imam Muda Asyraf berkenaan makanan halal yang harus dititik beratkan oleh umat Islam demi menjaga hati yang ada kaitan dengan roh dan juga fizikal. Masa yang sama, beliau turut ditanya apa yang harus dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan diragui statusnya?


Tidak lekatkan sijil halal, tak semestinya haram 
Menurut Imam Muda Asyraf, premis yang tidak melekatkan sijil halal tidak semesti haram makanannya.
“Sebagai contoh kedai tomyam, warung nasi lemak dan lain-lain lagi. Ikutkan semua kedai-kedai kecil ini tidak mempunyai sijil halal. Tapi kita biasanya yakin dan tak ragu-ragu pun nak makan kerana melihat kepada siapa pemilik dan tukang masaknya. Masa yang sama nak mohon sijil halal ini perlukan masa kerana bukan senang.
“Ini sama jugalah dengan premis makanan mewah dan mahal. Tapi kebiasaannya kalau syarikat itu mampu membayar sewa bulanan yang mahal, maka dia juga berkemampuan memohon sijil halal yang biasanya mengambil masa yang lama.
“Permohonan sijil halal ini perlu bagi meyakinkan orang ramai bahawa premis itu halal dan tidak bersifat syubahah,” jelasnya.
Tambah Imam Muda Asyraf lagi, sesuatu makanan yang bersifat syubahah atau meragukan status halalnya perlu dielak sama sekali demi menjaga fizikal dan roh itu sendiri.

Bagaimana kalau dah termakan benda yang syubahah?
Kata Imam Muda Asyraf lagi, biasanya bagi mereka yang selalu atau sengaja makan benda yang diketahui haram ini, hatinya menjadi  gelap.
“Ada hadis soheh menyebut tentang ini.  Hati kita akan jadi hitam, malas untuk bersolat. Apa yang kita doa pada Allah tidak akan dimakbulkan. Inilah beberapa sebab mengapa kita tidak digalakkan memakan benda haram,”katanya lagi.

Kalau dah termakan bagaimana tanpa tahu ia halal atau tidak?
Jangan bimbang kerana Islam itu mudah dan tidak menyusahkan.
Kata Imam Muda Asyraf, kalau dah makan sebab tak tahu, cukuplah meninggalkannya sama sekali, tidak mengulanginya lagi dan selalulah lidah beristigfar memohon keampunan dari Allah taala.
“Allah itu lebih maha mengetahuinya,” katanya ketika dihubungi.
Sumber : Facebook , REMAJA

No comments

Powered by Blogger.
a