Header Ads

"Payudara Kena Buang & Saya Tak Boleh Mengandung", Wanita Tanggung Derita Kerana 'Breast Filler' Untuk Besarkan 'Aset'

Foto Kredit : Nuraiyshah A.L

Terlalu banyak produk dan rawatan memutihkan, menganjalkan dan sebagainya yang kita tak tahu asal usul dan kaedahnya samada dibenarkan atau tidak. Ada yang produk makan dan suntikan. Wanita kini ramai yang mendapatkan rawatan 'breast filler' oleh founder online untuk tujuan membesarkan payudara. 
Ternyata rawatan ini memberi kesan mendatang yang memudaratkan oleh kerana proses rawatan yang tidak menitikberatkan kebersihan. Impikan aset yang 'menggiurkan' tetapi palsu, dengan jalan pintas mengambil inisiatif singkat tidak memikirkan masa depan, akhirnya aset yang semulajadi yang ada juga hilang buat selama-lamanya. 
Pendedahan oleh pengguna Facebook iaitu Khairul Yoi ini mungkin boleh dijadikan ikhtibar oleh semua wanita di luar sana. Nasib yang menimpa wanita ini umpama nasi sudah menjadi bubur. Manakan tidak, aset payudara yang diimpikannya bertukar mimpi ngeri apabila kedua-dua payudara terpaksa dibuang kerana jangkitan kuman. Lebih teruk, dia juga disahkan sudah tidak boleh mengandung. Ikuti perkongsiannya seperti di bawah.
Filler. Breast Filler Gone Wrong
Hangpa ni kan. Macam ni la. Masa cantik jelita sedap la cakap aku pelingkup bisnes melayu. Dah barai semua baru cari aku. Masa ni menyesai tak guna dah. Dah terlambat.
Ni kes salah sorang mangsa breast filler. Asalnya cuma terikut2 member, ntah apa yang ada dengan breast besaq pon aku taktau la. Buat dengan beautician yang tak bertauliah, dekat hotel, barang letak dalam luggage. Seriously dia boleh terpikiaq nak serah aset dia kat orang yang macam tu?
Dipendekkan cerita, breast jadi bernanah. Bila bagitau kat beautician tersebut, beautician tu pulak yang nak saman dia. Aku dah kata, tahun ni tahun babi. Memang kalau orang perangai babi ni tahun ni tahun dia menyerlah sikit. Akhirnya doc cakap breast tu mungkin terpaksa dibuang. Dari ada dua gunung yang indah walaupun kecik, pi repair bagi besaq, rosak, tinggai lah gunung gondoi. Menyesai pon tak boleh bagi balik dah dua ketui gunung tu.
Biaq lah kecik pun. Asal boleh kenyang bagi anak ngan pak menyusu. Jangan la hangpa maki hamun dia, dia pun dah menyesai dah. Dia dah cukup sedih dah. Cukup lah bagi nasihat untuk dia teruskan hidup.
Tolongla lepaih ni kalau hangpa nak buat filler mancungkan hidung ka dagu ka dahi ka kepala lutut ka, tak payah la. Fill otak dulu dengan ilmu. Kena infection tak pasai2 ja.


BREAST KENA BUANG, DAH TAK BOLEH MENGANDUNG




NANAH MAKIN TERUK




UBAT TAK JALAN




BERBULAN MAKAN UBAT 



DOKTOR CAKAP ADA JANGKITAN KUMAN DALAM DARAH




TAK JANJIKAN APA-APA KERANA SERVIS BUKAN PAKSAAN




TAK PERNAH PAKSA SESIAPA BUAT




NAK PROCEED LAWYER




LAPORAN DOKTOR



Sumber : Facebook 

No comments

Powered by Blogger.
a