Header Ads

Pendidikan Seks Dicadangkan Bagi Mengatasi Masalah Sosial




Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dalam satu kenyataan mencadangkan untuk memasukkan mata pelajaran pendidikan seks dan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan.

Hannah Yeoh yang merupakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata berdasarkan rekod dan statistik, serami sembilan peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar si kelas peralihan seluruh negara dikesan cergas dalam hubungan seks.

Sehubungan dengan itu, beliau sendiri akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo ni Chong dalam masa tersekat bagi mengekang masalah terbabit.

“Pada masa ini, semua pihak harus bekerjasama dan berkongsi idea dalam mengatasi masalah hubungan seks di kalangan pelajar. Bagi saya, statistik sembilan peratus pelajar kelas peralihan terbabit dalam hubungan seks bebas adalah satu jumlah yang besar,”katanya.

Beliau turut menambah lagi, pendidikan seks ini perlu diberikan penekanan sejak awal lagi. Jika diabaikan, anak-anak generasi akan datang akan mengetahuinya sendiri melalui laman sosial seterusnya menggunakan maklumat tersebut dengan perlakuan salah dan sekaligus menhancurkan generasi akan datang.

“Dalam zaman serba moden ini, remaja seawal usia 13 tahun sudah tahu apa itu seks, namun mereka perlu diberikan maklumat yang betul mengenainya. Justeru, pengajaran dalam mata pelajaran pendidikan seks ini amat penting dalam menyampaikan sesuatu perkara yang benar kepada anak-anak kita,”katanya.

Sumber: Berita Harian

No comments

Powered by Blogger.
a