Header Ads

Penghijrahan Manusia dari Sungai Mekong Ke Tanah Melayu


Sungai Mekong berukuran 4180 KM panjang bermula dari Tibet dan mellaui Yunna, wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar -pakar Antropologi menjejaki migrasi msyarkat Melayu Porto yang merupakan pelaut, lebih kurang 10,000 tahun dahulu belayar menggunakan perahu sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan mendiami tempat-tempat berbeza.

Yunnan
Penduduk awal Yunnan dijejaki sejarah sejak 170 juta tahun dari sebuah fosil homo erectus,’Manusia Yuanmou’ yang dijumpai tahun 60-an. Pada 221 SM, Qin Shihuang menakluk Yunnan dan menyatukan China. Mereka terkenal dengan penanaman padi.

Teori Migrasi Yunnan
Teori Melayu Proto(Melayu Asli) berasal dari Yunan disokong R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Fooster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar.
Melayu asli pertama mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian. Golongan kedua Melayu Deutro mendiami pesisir pantai sekitar 1500 SM mahir menangkap ikan.
Semasa berlakunya migrasi, kedua-dua golongan berkahwin dengan masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa serta penduduk dari keturunan Australasia dan Negrito. Namun masih ada yang tidak mempersetujui teori ini.

Delta Mekong
Menurut sejarah Khmer, tamadun terawal di Delta Mekong ialah tamadun Khmer Funan. Empayar Khmer Angkor ialah yang terakhir sebelum mereka mencari tempat perlindungan antaranya Palembang dan Melaka.

Bukti-bukti arkeologi mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari zaman Neolitik. Mahir dalam kemahiran teknikal, kumpulan yang maju tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.


Teks silam melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006.

Hubungan Melayu-Cham
Persamaan bahasa Cham dan bahasa Melayu dapat ditemui pada nama-nama tempat seperti Kampong Cham, Kambujadesa, Kampung Chhnang dan sebagainya. Sejarah melayu dengan jelas menyebut terdapat komuniti Cham di Melaka skitar 1400.
Pada pertengahan 1400, Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang 120,000 orang terbunuh dan sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam.
Tahun 1700 raja muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja, sementara mereka yang tinggal sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan Kelantan.




Wanita Yunna hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Satu persamaan dengan para wanita Melayu.

No comments

Powered by Blogger.
a