Header Ads

Permohonan Lesen Motosikal Percuma Februari Ini Untuk Orang Terengganu.



Kerajaan negeri Terengganu akan merealisasikan lesen motorsikal secara percuma kepada golongan belia mulai Februari ini sepertimana Manifesto PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14)  yang lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembanguna Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah mensasarkan 25,000 anak muda yang berumur antara 16-40 tahun akan mendapat manfaat daripada Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera (LMTS) yang digerakkan bagi meringankan bebanan. Permohonan boleh dibuat secara manual dan atas talian bermula 1 Februari hingga 1 Mac depan bagi membolehkan proses seterusnya berjalan dengan lancar.

“Mulai1 Februari 2019, kita akan mulakan proses pendaftaran semua mereka yang layak untuk menyertai program lesen percuma ini di mana pendaftaran dibuka selama sebulan.

“Pada bulan ini juga kita akan mengadakan mesyuarat akhir dengan semua agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan program ini dan mengiklankan melalui web, online dan juga mengedarkan borang secara manual kepada seluruh Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kawasan masing-masing.

“Semua peserta boleh hantar borang yang diisi secara manual dan online kepada MPKK, Pejabat DUN dan i-MiTS berdekatan,” ujarnya.

Sumber: Teganukita

No comments

Powered by Blogger.
a