Header Ads

Polis Dedahkan Apa Yang Berlaku Semasa Ustazah Farhana Hilang


Baru-baru ini liputan media Malaysia terus menerus memuat naik tentang kehilangan ustazah Nur Farhana Ibrahim, 27 yang telah dilaporkan hilang di Balik Pulau, Pulau Pinang sejak kelmarin. Walau bagaimana pun, kini dia berada dalam keadaan selamat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

Ustazah tersebut dilaporkan telah datang sendiri ke balai polis berkenaan dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.


Bermalam di surau

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata,

“Guru berkenaan bagaimanapun masih sukar untuk mengingati apa yang berlaku sepanjang kehilangannya.

“Dia telah hadir ke balai polis jam 3.15 petang dan setakat ini hanya memberitahu bahawa dia telah bermalam di surau untuk tidur.

“Polis telah menghubungi suami dan keluarga ustazah berkenaan untuk hadir ke balai bagi membawanya pulang,” katanya ketika dihubungi di Ipoh.

Razali turut memaklumkan mengenai penemuan guru terbabit kepada pihak polis di Balik Pulau.


Kereta masih berada di luar kawasan sekolah

Semalam media telah melaporkan ustazah yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Genting, Balik Pulau dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah. 

Kehilangan Ustazah Nur Farhana disedari suami selepas dia tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah, petang kelmarin.

Sumber : metro

No comments

Powered by Blogger.
a