Header Ads

Potong atau tidak? - Babak Bersentuhan Adira Cetus Kemarahan Datuk Red



Kontroversi penyanyi lagu tema drama yang sedang hangat dimainkan di TV berjudul Pujaan Hati Kanda, Adira mencetuskan kemarahan suami dengan membuat adegan bersentuhan dengan pelakon lelaki yang sedang berbaring atas katil di sebuah hospital dalam muzik video lagu tersebut. Suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Red meluahkan rasa marah dan tidak bersetuju dengan babak bersentuhan yang dilakukan oleh isterinya itu melalui Instagram miliknya.

Datuk Red memuat naik gambar babak bersentuhan isterinya dalam klip video tersebut dan meletakkan kapsyen begitu marah dengan tindakan isterinya itu kerana dia sudah memberi peringatan kepada Adira dan pengurusnya agar tidak melakukan babak bersentuhan dengan lelaki lain dalam muzik video tersebut, namun tidak diendahkan. Gambar tersebut sudahpun dipadam oleh Datuk Red.


Datuk Red meluahkan rasa marah di Instagram, namun telah dipadam beberapa jam kemudian.


Selagi ada, selagi itu dosa saya berjalan

"Saya sudah dapat balasan dosa-dosa lampau dan sekarang nak jadi manusia lebih baik tapi jadi macam ni pula", kata Datuk Red.


Usahakan padam video muzik

"Sekarang saya akan usahakan video muzik itu dipadamkan dari internet kerana selagi ada selagi itu dosa saya berjalan". ujarnya lagi.



Namun, Syarikat rakaman Nova Music hanya mengikut arahan penyanyi Adira Suhaimi sama ada untuk memotong atau tidak adegan bersentuhannya dengan lelaki dalam muzik video Pujaan Hati yang dilancarkan pada Rabu lalu.

Adira bersama pihak pengarah urusan Nova Muzik, Rosmin Hashim ketika pelancaran video muzik lagu Pujaan Hati.

Pihak pengurusan ikut arahan Adira saja bukan Datuk Red

Pengarah urusan muzik video tersebut, Rosmin Hashim berkata, pihak Nova Music hanya akan mengambil tindakan tersebut sekiranya mendapat arahan penyanyi berkenaan sebagai pihak yang menandatangani kontrak bersama mereka.

Menurut laporan mstar online, pengarah urusannya itu menyatakan yang Adira mempunyai perjanjian rakaman dan pengurusan. Kemudian, mereka perlu mengikut arahan penyanyi lagu tersebut iaitu Adira tentang babak bersentuhan dengan lelaki dalam klip video Pujaan Hati tersebut samada untuk meneruskan atau menyunting babak bersentuhan tersebut.

Sumber : mstar

No comments

Powered by Blogger.
a